Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kotor sekali (spt berlumuran lumpur, arang, dll): pakaian mereka ~ dan kotor kena tanah; ~-momot sangat kotor; mencomotkan menjadikan atau menyebabkan comot: tangannya yg berlumuran dgn minyak telah ~ baju dan mukanya; kecomotan perihal (keadaan, sifat dsb) comot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata comot I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. ingin mengetahui maksud perkataan MORAT-MARIT, COMOT-MOMOT,CORENG-MORENG, BEJANA, BASA-BASI dan perkataan berlawan MELABUHKANMorat-marit ialah tidak teratur. Comot-momot pula ialah sangat kotor, manakala coreng- moreng bermaksud penuh dengan coreng. Bejana bermakna bekas (air dll), balang, jambang. Basa-basi ialah adat istiadat, sopan santun. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum.Makna17.06.2008
Saya ingin meminta pandangan yang jelas tentang perbezaan di antara perbendaharaan "baru" dan "baharu". Selain itu juga, saya ingin meminta khidmat nasihat tentang perbezaan "kotor" dan "comot". Situasi berikut lebih menjelaskan : 4. Muka adik sangat ________ kerana makan coklat. a. comot b. cantik c. kacak d. kotor Bagi soalan di atas, apakah jawapan yang paling sesuai? Ada guru lain yang mempersoalkan jawapan yang saya berikan iaitu jawapan : A. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Jawapan yang paling sesuai ialah A. comotTatabahasa24.08.2008

Kembali ke atas