Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. (that makes one keep on working) menambat perhatian; (that makes one keep on reading or listening) menambat minat: a ~ portrait, potret yg menambat perhatian; a ~ account of a little boy’s fight against cancer, cerita yg menambat minat ttg bagaimana seorang budak melawan penyakit kanser; 2. that compels one to do st, mendorong: he put forward ~ arguments for the case, dia mengemukakan hujah-hujah yg mendorong bagi kes itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata compelling


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah compelling yang diberi menambat hati dalam carian kata....adakah satu lagi istilah yang lebih mantap untuk satu perkataan yang menggambarkan istilah COMPELLING contohnya usability = kebolehgunaanBerdasarkan data yang ada compelling diterjemahkan kepada menambat perhatian atau mendorong. Jika kedua-dua terjemahan ini kurang tepat, sila kemukakan conteks penggunaan kata tersebut untuk kami mencari padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan04.08.2014
Konteks ayat yang digunakan ialah to produce a compelling story.. dalam bentuk nama amDalam konteks ayat yang tersebut, kami mencadangkan compelling diterjemahkan kepada menarik.Penyemakan dan penterjemahan04.08.2014
Terima kasih atas jawapan untuk soalan tempoh hari.....masih lagi istilah compelling atau menarik ini....untuk pola kebergunaan iaitu usability manakala untuk istilah kebermenarikan ......bolehkah digunakan untuk mewakili kata dasar ayat compelling iniTidak ada contoh penggunaan kata "kebermenarikan"  dalam data kami dan pembentukan kata ini juga agak janggal. Mengambil contoh perkataan "kebergunaan", terbit daripada akar kata guna, mendapat awalan beR- menjadi berguna dan menerima pula apitan ke-...-an. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud apitan kebeR-...-an untuk menghasilkan bentuk kata seperti kebermenarikan.Penyemakan dan penterjemahan10.11.2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/ Puan. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mencadangkan istilah 'Business Care.' Berikut merupakan definisi bagi istilah tersebut dalam bahasa inggeris: A business case captures the reasoning for initiating a project or task. It is often presented in a well-structured written document, but may also sometimes come in the form of a short verbal argument or presentation. The logic of the business case is that, whenever resources such as money or effort are consumed, they should be in support of a specific business need. An example could be that a software upgrade might improve system performance, but the "business case" is that better performance would improve customer satisfaction, require less task processing time, or reduce system maintenance costs. A compelling business case adequately captures both the quantifiable and non-quantifiable characteristics of a proposed project. Business case depends on business attitude and business volume.Berdasarkan soalan puan, terdapat dua istilah yang berbeza iaitu "business care" dan "business case". Sila nyatakan sama ada puan bertanya tentang "business care" atau "business case".Lain-lain25.11.2019

Kembali ke atas