Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata competence


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang tepat dalam BM bagi istilah yang digunapakai dalam standard perakaunan iaitu "Professional Competence and Due Care"

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi frasa Professional Competence and Due Care ialah “Kecekapan dan Kecermatan Pakar” atau “Kecekapan dan Kecermatan Profesional”

Lain-lain25.11.2021
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan cadangan perkataan bagi dua istilah yang perlu digunakan dalam abstrak tesis saya. Pada masa ini terjemahan dua istilah tersebut adalah seperti berikut: 1. Self-perceived/Perceived multicultural counselling competence -Kompetensi kendiri kaunseling pelbagai budaya. 2. Observed multicultural counselling competence. - Kompetensi diperhati kaunseling pelbagai budaya. Saya berharap pihak Tuan dapat memberi pandangan atau mungkin cadangan yang lebih bersesuaian bagi kedua-dua istilah ini. Segala jasa baik pihak Tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

1. Self-perceived/Perceived multicultural counselling competence - Kecekapan kaunseling terhadap pelbagai budaya secara anggapan kendiri


2. Observed multicultural counselling competence - Kecekapan kaunseling terhadap pemerhatian pelbagai budaya
Istilah18.03.2020
Mohon bertanya, apakah perkataan bahasa inggeris yang paling sesuai bagi menggambarkan makna untuk perkataan bahasa melayu 'berketrampilan'. Terima kasihEjaan yang betul ialah berketerampilan, bukan berketrampilan. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah competence/competency.Istilah25.10.2009

Kembali ke atas