Apakah istilah yang sesuai bagi perkataan "Complete Edition", dalam konteks "Penerbit itu telah ulang terbit siri buku berkenaan dalam bentuk Complete Edition". | Cadangan padanan bagi istilah complete edition dalam bahasa Melayu ialah edisi lengkap. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 16.04.2024 |
I want a complete list to give to the students for use in class, and for thier personal use in future. Thank you | Encik Gomez, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menerbit senarai yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun, Saudara bolehlah merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 21.04.2010 |
Salam sejahtera, Mohon khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang tiga soalan di bawah: 1. Tajuk buku "The complete book of Li Gu" ~ Bolehkah diterjemahkan sebagai "Buku Lengkap tentang Li Gu"? 2. Pre-Qin Dynasty dan Later Qin Dynasty ~ Bolehkah diterjemahkan sebagai Dinasti Pra-Qin dan Dinasti Qin terkemudian? 3. Bolehkah perkataan atau istilah (yang berkaitan dengan keagamaan) seperti "berkhutbah", "fatwa", "pentahbisan", "memakrifatkan", "berdakwah" dan "mazhab" digunakan dalam konteks agama Buddha? Sekian, terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah: 1. The Complete Book of Li Gu: Buku Lengkap tentang Li Gu 2. Pre-Qin Dynasty dan Later Qin Dynasty: Pradinasti Qin dan Seterusnya Istilah seperti berkhutbah, fatwa, mazhab hanya digunakan dalam konteks agama Islam. Tuan perlu mencari perkataan bahasa Melayu yang semakna dan bersesuaian mengikut konteks penggunaan ayat. | Makna | 17.09.2020 |
Apakah terjemahan bagi "curatorial"? Contoh ayat: Please ensure that you complete ALL the information as this will determine the final curatorial decision of acceptance. Terima kasih. | Untuk makluman istilah "curatorial" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah yang ada ialah "curator" dan padanan bahasa Melayunya ialah kurator. Berdasarkan rujukan kami dalam Internet, "curatorial" bermaksud berkenaan atau berkaitan dengan kurator atau tugas kurator. | Istilah | 17.04.2013 |
Apakah perkataan bahasa melayu bagi "fleet" sepertimana di guna dalam ayat "your complete fleet requirement" | Untuk makluman, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "fleet", iaitu kumpulan, armada dan pengangkutan. Tuan boleh memilih istilah yang bersesuaian dengan konteks dan konsep yang diberikan. | Istilah | 22.03.2013 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang tepat dan sesuai untuk simpulan bahasa Inggeris "Emperor's New Clothes"? Contoh ayat: "The company's newest device is, in fact, a complete waste of money, but so many people are invested in their brand loyalty that they will continue to buy and adore it like the emperor's new clothes." | Terjemahan yang sesuai untuk simpulan bahasa Inggeris “Emperor’s New Clothes” ialah sesuatu perkara yang dianggap betul atau boleh dipercayai disebabkan orang ramai tidak mahu mengkritik perkara tersebut atau kritikan dianggap sebagai perkara yang berlawanan dengan pandangan majoriti. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.05.2021 |
mohon cadangan bagi penggunaan istilah "Successive Independent Samples Design" dalam Bahasa Melayu. Contoh penggunaannya: In the successive independent samples design, different samples of respondents from the population complete the survey over a time period | Cadangan kami ialah reka bentuk sampel bebas. Walau bagaimanapun padanan ini boleh digunakan jika bersesuaian dengan konsep sebenar dalam bahasa sumber. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.08.2017 |
Apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk menterjemah istilah "Turnaround Time". Maksud untuk istilah berkenaan ialah "the total time taken between the submission of a program for execution and the return of the complete output to the customer" | Istilah bahasa Melayu untuk "turnaround time" ialah masa pusing balik. Istilah ini terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. | Istilah | 28.02.2013 |
Saya menghadapi masalah dengan terjemahan WALK -IN SHOWER. Adakah menggunakan BILIK MANDI PANCURAN LUAR terjemahan yang tepat atau PANCURAN KHAS ? Saya percaya Pancuran Khas adalah lebih tepat, minta bantuan pihak Tuan merujuk ayat-ayat di bawah: 1. Complete with double King size bed, walk-in shower and separate bath as well as those all important extra Mal ingredients. 2. Every suite at Hotel Skyler in Syracuse has a private bedroom, safe, iron/ironing board, iHome clock radio, walk-in shower, flat-panel TV, HDTV, and free high-speed wired and wireless internet. All suites also have a refrigerator and desk, and all are smoke-free. 3. If you want to build a custom walk-in shower with curved walls, for example, you will use a custom-floated concrete shower pan. Terima kasih. | Untuk makluman puan, dalam data kami tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Walk In Shower". Berdasarkan carian kami, perkataan "walk in shower" boleh diterjemahkan kepada "pancuran mudah alih". | Istilah | 17.10.2013 |
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah diterjemahkan. Soalan 1: Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) Soalan 2: Pintu Dibolehkan Membuka (Door Unlocked) Soalan 3: Buka Penutup (Open the Cover) Soalan 4: Putar pemegang ke arah "Pintu Dibolehkan Membuka" (Turn handle to "Door Unlocked" position) Soalan 5: Tunggu ART berhenti sepenuhnya (Wait for ART to come to a complete stop) Soalan 6: Tolak pintu untuk membuka (Push door to open) Soalan 7: Berhati-hati dengan kenderaan lalu lintas semasa menurun (Be aware of oncoming traffic when alighting) Soalan 8: Denda akan dikenakan sekiranya berlaku penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine) | Berikut merupakan senarai frasa yang telah diberikan penambahbaikan: - Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release)
- Pintu Dibuka (Door Unlocked)
- Buka Penutup (Open the Cover)
- Putar Pemegang untuk Membuka Pintu (Turn handle to "Door Unlocked" position)
- Tunggu ART Berhenti Sepenuhnya (Wait for ART to come to a complete stop)
- Tolak Pintu untuk Membuka (Push door to open)
- Berhati-Hati dengan Kenderaan Lalu Lintas Semasa Turun (Be aware of oncoming traffic when alighting)
- Denda akan Dikenakan Sekiranya Berlaku Penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine)
Walau bagaimanapun, penggunaan frasa bahasa Melayu tersebut haruslah bersesuaian dengan konteks dan bidang yang dilambanginaya. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.09.2024 |