Salam sejahtera, Adakah "Componentry" sesuai diterjemahkan kepada "pengkomponenan", "perkomponenan" atau "kekomponenan"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Jika semua tidak sesuai, sila berikan cadangan tuan/puan. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Berdasarkan dalam data carian kami, istilah "Componentry" belum wujud lagi. Setakat ini dalam bidang kejuruteraan hanya ada istilan "component/ components" iaitu bermaksud komponen. Untuk mendapatkan cadangan yang tepat perlulah dirujuk Bahagian Peristilahan dan Leksikologi terlebih dahulu. Untuk sementara waktu kami mencadangkan terjemahan yang sesuai ialah pengkomponenan.
| Istilah | 24.04.2019 |