Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 4. (fml) settle, menyelesaikan: both parties were eager to ~ their differences, kedua-dua pihak ingin sekali menyelesaikan perselisihan mereka dgn segera; 5. calm, control, menenangkan, menenteramkan; (o’s features) memperlihatkan [air muka] yg tenang: in spite of her nervousness, she managed to ~ herself, walaupun gugup dia masih dapat menenangkan dirinya; to ~ o’s thoughts, menenangkan fikiran sso; 6. (printing) mengatur huruf; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. (usu in pass.) make up, form, (act.) membentuk; (pass.) terdiri: the various scenes that ~ the play, pelbagai babak yg membentuk lakon itu; the assembly was ~d of delegates from several nations, perhimpunan itu terdiri drpd wakil-wakil beberapa negara; water is ~d of two parts hydrogen and one part oxygen, air terdiri drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen; 2. write, a. (literary work) mengarang: to ~ poems, mengarang sajak; b. (song, music, etc) menggubah; 3. put together esp in an artistic way, menggubah: to ~ a painting, menggubah sebuah lukisan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata compose


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin melakukan kajian data korpus dan memerlukan data korpus bagi majalah Dewan Bahasa keluaran sepanjang tahun 2008 atau enam bulan pertama tahun 2009. Carian perkataan bagi data korpus secara online setakat ini hanya memaparkan dapatan sehingga tahun 2005 sahaja. Bagaimana saya boleh mendapatkan data korpus bagi majalah Dewan Bahasa yang terkini?Terima kasih atas minat sdr. dalam kajian seumpama ini. Buat masa ini, data Majalah Dewan Bahasa yang ada di dalam pangkalan data kami ialah Dewan Bahasa Januari-Disember 1988 dan Julai-Oktober 2002 sahaja dan data ini belum dipindahkan ke sistem korpus dalam talian DBP.

Ini bermakna sdr belum dapat mencapai dan memproses data ini melalui laman Web DBP. Oleh yang demikian, sekiranya sdr. berhasrat untuk menggunakan data yang ada, sila hubungi Puan Norhafizah Mohamed Husin Compose&To=hafizah@dbp.gov.my&New=Yes','Compose',800,600,'yes');">hafizah@dbp.gov.my, Bahagian Penyelidikan Bahasa, untuk urusan lanjut. Terima kasih.

Lain-lain19.07.2009
SAYA TELAH HASILKAN BEBERAPA KARYA SASTERA HASIL BUAH FIKIRAN SAYA SENDIRI DAN BELUM PERNAH DITERBITKAN DI MANA-MANA BUKU.KARYA SASTERA TERSEBUT BERUPA PUISI MODEN,CERPEN DAN NOVEL DALAM BAHASA MELAYU.OLEH ITU, SAYA INGIN MEMPERKEMBANGKAN BAKAT PENULISAN SAYA INI,NAMUN SAYA TIDAK TAHU HENDAK BERMULA DARI PERINGKAT MANA.SELAIN ITU,SAYA INGIN MENJADI SALAH SEORANG PENULIS MUDA DI MALAYSIA.SAYA JUGA TELAH MEMENANGI BEBERAPA ANUGERAH DI PERINGKAT SEKOLAH TERUTAMA DALAM AKTIVITI BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH.

Syabas kami ucapkan kepada puan kerana berminat menjadi penulis. Ada beberapa cara puan boleh mengembangkan bakat penulisan puan, antaranya:

1.  Puan terus menulis dan mengirimkan karya puan kepada mana-mana penerbit untuk diterbitkan.

2. Puan menyertai bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh badan-badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan-persatuan penulis, ataupun oleh pihak swasta [misalnya syarikat akhbar dan Akademi Penulis (Compose&New=Yes&To=latihan@akademipenulis.com','Compose',800,600,'yes');" target="_blank">latihan@akademipenulis.com.), dan lain-lain]. Untuk meninjau peluang mengikuti bengkel penulisan yang dianjurkan oleh DBP,puan boleh menghubungi Pn. Hjh. Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran(e-mel: aisah@dbp.gov.my), atau En. Shahrun Nizal Mohd Nor (shahrun@dbp.gov.my) di Pusat Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA).

3. Puan menjadi ahli persatuan penulis di tempat/negeri puan supaya puan boleh berkongsi pengalaman dengan penulis-penulis yang berpengalaman.

Untuk mengirimkan karya puan ke DBP, sila hubungi pegawai berikut:

(a) Pn Norimah Bajuri, (norimah@dbp.gov.my), Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, atau

(b) En Arshad Rawian (arshad@dbp.gov.my), Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja.

Lain-lain09.10.2010

Kembali ke atas