Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n st composed of various parts, komposit. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj made up of various parts, komposit; (math) gubahan: ~ illustrations, ilustrasi komposit; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata composite


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamulaikum Saya telah perkataan Composite Reliability di dalam bahasa Malaysia di carian kata, tetapi makna tersebut tiada di dalam arkib. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP mencadangkan terjemahannya kedalam bahasa malaysia. Sekian Terima Kasih Sarina Ismail

Mengikut data DBP, perkataan composite diterjemahkan kepada komposit, manakala reliability pula diterjemahkan kepada ‘kebolehpercayaan’, maka kami mencadangkan terjemahan ‘kebolehpercayaan komposit’ . Sila berikan ayat penuh sekiranya cadangan terjemahan ini tidak sesuai konteks penggunaan yang puan perlukan.  

Penyemakan dan penterjemahan13.09.2014
Assalamualaikum. (1) Apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah kejuruteraan "coir composite panel"? Adakah "panel sabut kelapa komposit" atau "panel sabut kelapa rencam"? (2) Dari sudut kejuruteraan, apakah perbezaan antara "komposit" dan "rencam"? Penggunaan istilah manakah yang dicadangkan? Terima kasih.Istilah yang dicadangkan ialah panel sabut kelapa komposit. Dalam bidang Kejuruteraan, istilah yang digunakan ialah komposit. Istilah28.11.2012
SAYA INGIN MEMINTA BANTUAN UNTUK MENTERJEMAHKAN MAKSUD "MANUFACTURING OF FIBER-REINFORCED PLASTIC (FRP) COMPOSITE PRODUCTS AND REFURBISHMENT AND REPAIR OF BUOYANCY RISER MODULE" KEPADA BAHASA MALAYSIA. IANYA UNTUK DILETAKKAN PADA PAPAN TANDA KILANG. TERIMA KASIHUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Untuk mendapatkan khidmat terjemahan tuan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Tatabahasa24.10.2013
Selamat pagi. Apakah terjemahan yang sesuai untuk tajuk tesis berikut: Fe & Mn removal from irrigation water using archidendron jiringa seed extract and rice husk-based composite adsorbent.

Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, kecuali istilah dan perkataan yang ada dalam sumber rujukan kami. Tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mencari padanan istilah dalam bahasa Melayu mengikut konteks dan konsep yang bersesuaian. Sila layari https://prpm.dbp.gov.my/ dan taip perkataan yang hendak dicari.

Penyemakan dan penterjemahan23.12.2022
Mohon untuk menterjemahkan dalam bahasa malaysia: Ethical climate has been defined as “the prevailing perceptions of typical organizational practices and procedures that have ethical content” (Victor and Cullen, 1988). As such, it may be viewed as a composite of organizational perceptions of the ethical values and behaviors supported and practiced by organizational members. The dimensionality of ethical climate and its measurement have varied across research studies.Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan teks atau dokumen. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks atau dokumen yang telah diterjemahkan terlebih dahulu.Penyemakan dan penterjemahan26.12.2014
Salam hormat. Mohon cadangan istilah yang sesuai bagi perkataan yang berikut: 1) Lithium cooper recloser, 2) 6-line recloser battery, 3) Battery with wire leads, 4) Lithium coin blister card/pack, 5) Battery pack assembly (process of integrating modules into metal or carbon-fiber composite enclosures that incorporate power, charging and temperature management features). Terima kasih.Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut:

1. Pembalut Tembaga Litium
2. Pembalut Bateri 6 Garisan
3. Bateri dengan Wayar Kabel
4. Pek/Kad Gelumbung Bulatan Litium
5. Himpunan Pek Bateri

Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini adalah bergantung pada kesesuaian dan  konteks penggunaan tuan.
Lain-lain07.01.2021

Kembali ke atas