| Assalamualaikum. Apakah terjemahan yang sesuai untuk istilah "Computational Thinking"? Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi Computational Thinking dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat istilah computational linguistics yang diberikan padanan sebagai linguistik pengiraan. Oleh itu, kami mencadangkan Pemikiran Pengiraaan bagi istilah Computational Thinking jika bersesuaian dengan konteks. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2018 |
| Saya ingin penjelasan berkaitan istilah Pemikiran Komputasional yang diterjemah dari Bahasa Inggeris iaitu Computational Thinking berikutan ada pendapat yang menyatakan terjemahan yang sebenarnya adalah Pemberfikiran Komputasi. Terima kasih. | Padanan yang tepat bagi istilah computational thinking ialah "pemikiran komputasional". | Istilah | 23.02.2022 |
| Saya ingin ayat di bawah dalam bahasa melayu 1) computational thinking 2) secondary school champion teachers Lecturer saya ingin jawapan bertulis dari DBP sebagai bukti ayat english ini di tukar kepada bahasa Melayu.. | Padanan yang tepat bagi istilah computational thinking ialah "pemikiran komputasional". Kami mencadangkan secondary school champion teachers diterjemahkan sebagai "guru cemerlang sekolah menengah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.04.2022 |
| Saya dan pelajar telah menjalankan kajian mengenai "COMPUTATIONAL STUDIES IN A CLASS OF NONLINEAR FRACTIONAL DIFFERENTIAL EQUATIONS". Saya ingin mendapat nasihat mengenai tajuk kajian ini di dalam Bahasa Malaysia yang betul "KAJIAN PENGIRAAN BAGI SUATU KELAS PERSAMAAN PEMBEZA PECAHAN TAK LINEAR" terima kasih. | Frasa yang betul ialah "KAJIAN PENGIRAAN DALAM KELAS PERSAMAAN PEMBEZAAN PECAHAN TAK LINEAR". | Penyemakan dan penterjemahan | 19.06.2015 |