Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (end, termination) tamat, berakhir, selesai; (closing part) bahagian akhir; (of book, speech, etc) kesimpulan; in ~, akhir sekali, sebagai penutup; 2. deduction, kesimpulan; /come to, reach/ a ~, membuat kesimpulan; draw a ~, membuat kesimpulan; jump to ~s, membuat kesimpulan dgn tergesa-gesa; 3. act of arranging and setting, a. (agreement, treaty, etc) pengikatan: the ~ of the trade agreement with Bulgaria, pengikatan perjanjian perdagangan dgn Bulgaria; b. (sale, deal, negotiation, etc) pencapaian persetujuan dlm; c. (alliance) pembentukan, d. (compromise) pencapaian. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata conclusion


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SEJAK BELAKANGAN INI, BANYAK KATA PINJAMAN DARIPADA B.INGGERIS DI'MELAYU'KAN. SAYA ADA MENYEMAK KAMUS DEWAN EDISI KE-4, KATA PINJAMAN ITU DITERIMA PAKAI MASUK DALAM DAFTAR ISTILAH. SEBAGAI CONTOH: CELEBRITY MENJADI SELEBRITI, CONCLUSION MENJADI KONKLUSI, PADAHAL KITA BOLEH TERJEMAHKAN KEPADA BAHASA MELAYU (ORANG YANG TERKENAL DAN KESIMPULAN). SAYA SEDIA MAKLUM B.MELAYU MEMPUNYAI SIFAT MUNDAH LENTUR DAN MUDAH MENERIMA PELBAGAI BAHASA TETAPI KENAPA KITA TIDAK MENGAMBIL LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU ITU SENDIRI??Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu. Pengumpulan kata baru dan penghuraian makna bagi kata baru serta pengemaskinian makna pada kata yang sedia ada dibuat berdasarkan kajian korpus dan juga berdasarkan maklumat daripada kamus lain yang disusun dan yang diterbitkan oleh DBP sendiri, dan juga kamus terbitan penerbit lain. Kata-kata tertentu yang merupakan kata pinjaman diterima pakai sebagai istilah dalam bidang-bidang khusus dan sebagai Kata pinjaman digunakan dalam konteks khusus dan teknikal.         Lain-lain27.04.2008
1. Bagaimanakah menggunakan perkataan dasawarsa, maslahat,konklusi dan enigma dalam ayat?Dasawarsa ialah masa sepuluh tahun, dekad. Maslahat dr bahasa Arab bermaksud sesuatu yang berfaedah. Konklusi pula dr bahasa Inggeris yg bermaksud kesudahan ataupun penutup (conclusion). Manakala enigma bermaksud sesuatu yg sukar difahami (kabur). Contoh penggunaan dlm ayat: 1. Hampir satu dasawarsa Amilah menunggu kepulangan suaminya yang telah ditahan oleh pihak Belanda.2. Para pembaca kitab Tajussalatin akan memperoleh maslahat seperti yang dinyatakan oleh pengarangnya. 3. Pengguna bahasa digalakkan menggunakan bahasa Melayu terlebih dahulu disebabkan bahasa Melayu mempunyai nilai estetika yg tersendiri. 4. Sama penerangan seperti dalam 3 di atas.Tatabahasa01.07.2008
Salam sejahtera, I hv made payment on 5 Feb for dafter iklan but in Sah Dewan Bahasa, it stated that the payment has not been make. At the same time, the RM30 has deducted from my M2U. ( No permohonan 8891/2020, tajuk: Pizza Hut ) Today, 7 Feb, i made another payment and it is success. Conclusion is, i have paid total RM60 for 1 submission. Can please call me? Kindly call me if need further clarification. 019 6000546.Mohon e-melkan resit pembayaran kepada kewangan@dbpsahbahasa.my supaya pihak kami dapat menyemak pembayaran yang telah dibuat.Lain-lain07.02.2020

Kembali ke atas