Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. determine, menentukan: environment ~s plant growth, persekitaran menentukan pertumbuhan tanam-tanaman; 2. (tech or derog) train, accustom (so., st) to behave in particular way, (act.) melazimkan; (pass.) terlazim, dilazimkan: father had ~ed us to believe that men are superior to women, bapa telah melazimkan kami supaya mempercayai bahawa kaum lelaki lebih tinggi darjatnya drpd kaum wanita; we are ~ed by the world we live in, kami terlazim oleh dunia yg kami diami; 3. put into a healthy, good state, [various translations]: all his dogs look well ~ed, kesemua anjingnya kelihatan sihat dan rapi; a new brand of shampoo that ~s and revitalizes the hair, jenama syampu yg baru yang merapikan dan menyegarkan semula rambut; to ~ leather, menyamak kulit; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : (up) on ~ that, sekiranya, dgn syarat: I’ll come on ~ that you are invited, saya akan datang sekiranya kamu dijemput; on no ~, tdk sekali-kali; (imper) jangan sekali-kali: you must, on no ~ leave these patients unattended, jangan sekali-kali kamu tinggalkan pesakit-pesakit ini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. prerequisite, syarat: to abide by the ~s of the lease, mematuhi syarat-syarat pajakan itu; he is willing to lend you the car on ~ you take good care of it, dia sanggup meminjamkan keretanya dgn syarat kamu menjaganya dgn baik; 5. state of health, keadaan sihat, kesihatan: to improve o’s ~ by jogging, memperbaik kesihatan sso dgn berjoging; /in, out of/~, dlm keadaan /sihat, tdk sihat/; 6. illness, penyakit; (preceded by “liver”, “brain”, etc) sakit: she’s suffering from a rare ~, dia menghidap penyakit yg jarang dihidapi orang; a heart ~, sakit jantung; 7. social position or rank, kedudukan: a person of high ~, seorang yg berkedudukan tinggi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. state of being, keadaan: the goods arrived in good ~, barang-barang itu tiba dlm keadaan baik; she has just had an operation and is in no ~ to receive visitors, dia baru sahaja menjalani pembedahan dan keadaaannya tdk membolehkan dia menerima tetamu; 2. restricting or limiting circumstance, keadaan: it can be done only under certain ~s, hal itu hanya boleh dibuat dlm keadaan-keadaan tertentu; 3. (in pl) existing circumstances, keadaan: several flights were cancelled due to bad weather ~s, beberapa penerbangan dibatalkan akibat keadaan cuaca yg buruk; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata condition


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. A Reading Book Of China’s National Condition a) Buku Bacaan Keadaan Semasa Negara China b) Buku Bacaan Hal Ehwal Semasa Negara China c) Buku Bacaan Keadaan Negara China 2. Illustrated China a) Peristiwa Bergambar Negara China b) Cerita Bergambar Negara China 3. People's livelihood a) Sara hidup rakyat b) Kehidupan rakyat 4. Special Report on National Condition a) Liputan Khas Keadaan Semasa Negara b) Laporan Khas Keadaan Semasa Negara 5. Special topic / special feature on national condition a) Topik Khas Keadaan Semasa Negara b) Rencana Keadaan Semasa Negara 6. Fascinating National Condition – Pesona Keadaan Semasa Negara 7. Hong Kong's Return to China / Handover of Hong Kong a) Penyerahan Hong Kong kembali kepada Pemerintahan China b) Penyerahan Kedaulatan Hong Kong kepada Pemerintahan China Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

 

1. A Reading Book of China’s National Condition: Buku Bacaan Berkaitan Keadaan Rakyat/Negara China

 

2. Illustrated China: Maklumat Berilustrasi Negara China

 

3. People's Livelihood: Mata Pencarian Rakyat

 

4. Special Report on National Condition: Laporan Khas Berkaitan Rakyat/Negara

 

5. Special Topic/Feature on National Condition: Topik Khas Berkaitan Rakyat/Negara

 

6. Fascinating National Condition: Keadaan Rakyat/Negara yang Mempesonakan/Mengagumkan/Menakjubkan

 

7. Hong Kong's Return to China/Handover of Hong Kong: Penyerahan Semula Hong Kong kepada Negara China

 

Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Penyemakan dan penterjemahan22.05.2021
Bolehkah pihak DBP memberikan terjemahan sesuai untuk istilah bahasa Inggeris yang saya akan beri ini? Compassion fatigue - a condition characterized by emotional and physical exhaustion leading to a diminished ability to empathize or feel compassion for others. Terjemahan maksud : Keadaan yang diicirikan kelesuan emosi dan fizikal yang menyebabkan kekurangan rasa simpati dan belas kasihan terhadap orang lain. Adakah 'kelesuan belas kasihan' paling sesuai?Cadangan padanan terjemahan bagi compassion fatigue ialah lesu belas kasihan. Cadangan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan26.08.2021
Adakah 'competitive advantage' boleh diterjemahkan kpd 'Kelebihan Persaingan' atau ada yang lebih tepat? Maksud competitive advantage dari sudut ekononi ialah 'a condition or circumstance that puts a company in a favourable or superior business position'.

Maksud competitive advantage ialah kelebihan saingan yang bermaksud kelebihan sesuatu syarikat untuk bersaing dalam pasaran suatu industri. Sinonim:competitive edge

Makna20.05.2020
Apakah istilah peterjemahan yang paling sesuai dalam BM untuk "conservation" pada ayat berikut: Care or treatment that do not lead to a recovery, conservation of your condition or restoration to your previous state of health.

Perkataan ‘conversation’ diterjemahkan sebagai ‘pemuliharaan’. Mengikut konteks ayat yang dikemukakan subjeknya ialah manusia, kita tidak menggunakan ‘pemuliharaan’ tetapi ‘pemulihan’. Pada pendapat kami, istilah bahasa Inggeris ‘rehabilitation’ bukannya ‘conservation’.

Istilah26.01.2015
Dear sir, I would like to translate my good conduct certificate from english to Spanish.Do your company provide this service? Can you please provide me all the information like the price,condition...ect about it! Hope can hear from you very soon! thank you! best begards, Siaw Ling, ChongDewan Bahasa dan Pustaka(DBP) tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan sijil. Untuk mendapatkan perkhidmatan penterjemahan sijil, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).Lain-lain31.12.2014
Salam sejahtera. Terima kasih atas maklumbalas anda. Berikut adalah definisi operasi/contoh penggunaan perkataan-perkataan yang ingin diterjemahkan: 10. MEDIATING ROLE – In a nutshell, it is known that place attachment is a mediator between desired condition (benefits attained, source credibility, destination image and memorable tourism experiences) and favorable outcome (future visit intentions, satisfaction and behavioral intention). Therefore, by adapting the S-O-R model, this study introduces a mediator which is place attachment to understand the process in which authenticity influences intention to recommend. 11. MODERATING ROLE - Lack of empirical studies on moderating role of motivation on the relationship between authenticity and place attachment. Therefore, this study extends the S-O-R model by introducing moderators to understand the strength of relationship between authenticity and place attachment. 12. CONTROL VARIABLES - It did not measure control variables such as types of tourists based on their number of visit; first time and repeat tourists. Repeat tourists may have perceived the heritage sites differently as compared to first time tourists due to repeat tourists had more experience based on previous visitation. Terima kasih.Cadangan terjemahan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya:
10. MEDIATING ROLE – peranan perantara
11. MODERATING ROLE - peranan sederhana
12. CONTROL VARIABLES - pemboleh ubah kawalan
Penyemakan dan penterjemahan27.06.2019
"Ingin tahu terjemahan dalam Bahasa Melayu 1)outlet (bahagian struktur di mana air keluar ) 2) outfall( bahagian struktur dimana air keluar tapi paras nyamenurun) 3) tail water (paras air di sebelah hilir struktur) 4) invert level (aras sasuatu tapak atau lokasi) 5) downstream boundary condition Harap dapat bantu saya."1. outlet - saluran keluar 2. outfall - betung alur keluar (Istilah Perhutanan) 3. invert level - dasar (Istilah Geografi) 4. downstream boundary - cadangan: Sempadan hilir Mohon hubungi DBP untuk perbincangan lanjut sekiranya istilah tidak menepati konsep yang diperlukan.Istilah28.05.2013
Ada tiga soalan yang saya mahu tanyakan. a) Yang mana satukah ayat berikut yang betul? "Insiden rusuhan itu berlaku di tapak kedai dan juga kawasan sekitarnya." atau "Insiden rusuhan itu berlaku di tapak kedai dan juga di kawasan sekitarnya". Perlukah wujudkan perkataan "di" lagi untuk ayat tunggal kedua? b) Apakah terjemahan sesuai untuk istilah berikut "underlying disease/medical condition" dan "population centre"? c) Adakah 'anggota' sahaja sudah merupakan penjodoh bilangan? Cthnya, "Dua anggota polis terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di kawasan itu." atau mesti menulis penjodoh bilangan orang di hadapan anggota seperti "Dua orang anggota polis..." Saya masih tidak jelas mengenai situasi ayat berkenaan.1. Ayat yang betul: Insiden rusuhan itu berlaku di tapak kedai dan juga kawasan sekitarnya.

2. Padanan yang betul ialah: underlying disease - penyakit tersirat, medical condition – keadaan perubatan dan population centre – Pusat penduduk.

3. Anggota bukan penjodoh bilangan, ayat yang betul ialah: Dua orang anggota polis terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di kawasan itu.
Tatabahasa22.09.2020
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris 'remaster' (kata kerja) dalam konteks pengeluaran permainan video? Maksud perkataan tersebut ialah satu penciptaan semula suatu permainan video lama menggunakan teknologi baharu (sila lihat contoh Age of Empires: Definitive Edition). Contoh ayat adalah seperti berikut: "The developers were unsure if remastering the game would help boost their business, or worsen the condition." Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "remaster" ialah menambah baik atau mempertingkatkan.Penyemakan dan penterjemahan05.07.2021
Bagi perkataan “dehydrated” dalam baris keempat peruntukan di bawah ini, padanan yang diberikan adalah “didehidratkan”. Apakah padanan ini teratur. Kami bercadang untuk menggunakan padanan “dinyahhidratkan”. Dried or dehydrated vegetable 211. (1) Dried vegetable or dehydrated vegetable shall be the raw edible part of vegetable, with or without sugar, saccharin or sodium saccharin, mint leaves or mint oil, and dehydrated under natural or artificially induced condition. It shall not contain more than 8 per cent of water. Sayur kering atau dehidrat 211. (1) Sayur kering atau sayur dehidrat hendaklah bahagian sayur-sayuran mentah yang dapat dimakan, dengan atau tanpa gula, sakarin atau sodium sakarin, daun pudina atau minyak pudina, dan didehidratkan dalam keadaan biasa atau yang diaruh secara buatan. Ia tidak boleh mengandungi lebih daripada 8 peratus air.Kami mencadangkan "dehydrated" diterjemahkan sebagai "ternyahhidrat" atau "dinyahhidratkan". Padanan yang tepat bagi "dehydrated vegetable" ialah "sayur kering". Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Istilah24.06.2021
12

Kembali ke atas