code of conduct | tatakelakuan | Istilah | 05.04.2007 |
Selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan terjemahan bagi 'Standards of Conduct' dalam konteks undang-undang. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Standards of Conduct" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Standard Kelakuan. | Istilah | 15.09.2015 |
Salam sejahtera, Yang mana satukah terjemahan yang sesuai bagi "Code of Business Conduct and Ethics"? a) Tatakelakuan dan Etika Perniagaan b) Tatakelakuan Perniagaan dan Etika Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih. | Kami mencadangkan "Code of Business Conduct and Ethics" diterjemahkan kepada Tatakelakuan Perniagaan dan Etika. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.07.2015 |
Saya ingin mendapatkan kepastian istilah yang lebih sesuai bagi istilah Bahada Inggeris 'Code of Ethics and Conduct'? Sama ada 'Kod Etika dan Tatakelakuan' atau 'Kod Etika dan Tatalaku' atau 'Tataetika dan Kelakuan' atau 'Tataetika dan Tatalaku'? | 'Code of Ethics and Conduct' - 'Kod Etika dan Tatakelakuan' | Istilah | 30.01.2018 |
Saya ingin kepastian iistilah sebenar 'code of conduct' di dalam Bahasa Malaysia adakah ianya Tatalaku atau ada perkataan lain yang lebih tepat. Kalau ianya Tatalaku bagai dengan ejaan yang betul sama ada Tatalaku atau Tata Laku | En. Aziz, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah tatakelakuan. | Istilah | 06.07.2009 |
Dear sir, I would like to translate my good conduct certificate from english to Spanish.Do your company provide this service? Can you please provide me all the information like the price,condition...ect about it! Hope can hear from you very soon! thank you! best begards, Siaw Ling, Chong | Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan sijil. Untuk mendapatkan perkhidmatan penterjemahan sijil, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). | Lain-lain | 31.12.2014 |
Salam Pejuang Bahasa Melayu! Bolehkah anda bantu saya menterjemah frasa ini, "Independent Police Conduct Authority". Saya tidak pasti frasa yang tepat. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan martir daripada Indonesia-Belanda diberikan takrifan orang yang mati teraniaya kerana mempertahankan agama (Roman Katolik), manakala syahid pula ialah perkataan Arab yang bermaksud saksi yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam, orang yang mati kerana agama Islam. | Makna | 21.04.2019 |
Tuan/Puan, Mohon semakan untuk terjemahan Microaggression. Adakah sesuai diterjemah sebagai Mikroagresi? Microaggression ini adalah istilah yang digunakan dalam Code of Conduct (Kod Tatakelakuan) dan didefinisikan sebagai "a comment or action that subtly and often unconsciously or unintentionally expresses a prejudiced attitude toward a member of a marginalized group (such as a racial minority)" | Padanan istilah tersebut adalah seperti yang berikut: microaggression - langsang mikro Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 27.06.2022 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang betul untuk "zero entry cost" dan "“zero moving cost” (rujukan: dokumen polisi Prohibited Business Conduct Bank Negara Malaysia)? Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi perkataan zero entry cost dan zero moving cost. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut: i. Zero entry cost: kos kemasukan sifar ii. Zero moving cost: kos pemindahan sifar | Penyemakan dan penterjemahan | 23.07.2019 |
Tuan/Puan, Apa padanan "in association" dan "affiliation" dalam Bahasa Melayu bagi konteks di bawah: "9. (1) The University may, with the prior written approval of the Minister- (a) conduct any course of study jointly or in association, affiliation, collaboration or by way of franchise or otherwise, with any University, University College, higher educational institution, or professional body, or any organization, within or outside Malaysia; and" Sekian, terima kasih. | Berikut merupakan padanan perkataan dalam bahasa Melayu bagi konteks yang diberikan: in association: berkaitan, berhubung, bersama-sama affiliation: bergabung Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 06.10.2021 |