Tuan, Benarkah penggunaan congkak dlm ayat ini? Faizal tidak disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia mula bersikap congkak setelah dilantik menjadi Ketua Pengawas. Terima kasih. | Congkak sama makna dengan sombong dan bongkak. Penggunaan kata congkak dalam ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan (a)Amir mencongkak muka alya beberapa kali sebelum memberi gula-gula kepadanya.. terima kasih | Makna congkak ialah sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, terlalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. Berdasarkan makna dan ayat yang diberikan, perkataan yang digunakan tidak tepat. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Sahabat lamaku, di manakah engkau berada? Telah lama tak ada khabar darimu. Rindu akan saat-saat kami bermain sama main guli main gasing main congkak main teng-teng main layang-layang main batu seremban Penulisan prosa di atas ini terdapat apa-apa kesalahan? Terima kasih atas tunjuk ajar Tuan/Puan. | Cadangan penggunaan bahasa yang betul ialah: "Sahabat lamaku, di manakah engkau berada? Telah lama tiada khabar daripadamu. Rindu akan memori kita bersama bermain guli, gasing, congkak, teng-teng, layang-layang dan batu seremban." | Tatabahasa | 17.05.2022 |
Assalamualaikum. Apakah kata pemeri untuk frasa "salah satu"? Merujuk jawapan Khidmat Nasihat 6.5.2010, digunakan "ialah", contoh ayat, "Congkak ialah salah satu jenis permainan tradisional." Sekiranya merujuk Khidmat Nasihat 16.11.2010, digunakan "adalah", ayatnya "Pengaruh Media Massa adalah salah satu punca berlakunya gejala sosial. Persoalannya, adakah penentuan tertentu untuk frasa ini? Selain kaedah, "ialah" untuk frasa nama dan "adalah" untuk frasa adjektif dan sendi nama. Terima kasih. | Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP 20214), halaman 263 - 264 dan 494 - 496. Pihak kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut. | Tatabahasa | 07.07.2025 |
Tolong berikan contoh ayat yang menggunakan "salah satu" dan "satu daripada" mengikut konteks. | Contoh penggunaan kata "salah satu" dan "satu daripada" dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Congkak merupakan salah satu jenis permainan tradisional. 2. Sapsucker merupakan satu daripada sekumpulan burung dalam famili belatuk. | Tatabahasa | 17.04.2025 |
Salam sejahtera, nak tanya tentang ayat-ayat berikut adakah betul. 1. Jangan bimbang, tidak akan ada apa-apa. (atau Jangan bimbang, semua akan baik-baik belaka.) 2. Petang masih terdapat sebuah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bapa saya ialah orang Utara. (Adakah Utara kata nama khas, perlu huruf besar?) 4. Dia datang dari Utara. Terima kasih jawapan anda! | Ayat yang betul: 1. Jangan bimbang, tidak akan ada apa-apa. 2. Pada waktu petang masih terdapat pertandingan congkak. (Masukkan nama pertandingan) 3. Bapa saya ialah orang utara 4. Dia datang dari utara | Tatabahasa | 24.06.2019 |