landskap construction | pembinaan landskap | Lain-lain | 22.04.2008 |
Salam Hormat. Bolehkah bantu saya dalam terjemahan 'Lean Construction' ke Bahasa Melayu? Terima Kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah lean construction dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, kami ada istilah lean concrete dalam bidang Kejuruteraan yang padanan bahasa Melayunya ialah konkrit kurang simen. Sekiranya istilah lean construction ini berkaitan dengan bidang kejuruteraan, cadangan istilah bahasa Melayu ialah pembinaan kurang simen. | Istilah | 06.01.2011 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu, istilah yang sesuai bagi "shelf paper" dan "construction paper" dalam bidang kesenian. Terima kasih | Dalam data kami, tiada terjemah khusus bagi istilah shelf paper dan construction paper. Walau bagaimanapun, cadangan kami bagi shelf paper ialah kertas hiasan para-para manakala construction paper pula ialah kertas binaan bentuk. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.10.2014 |
Hiasan Dalaman RED HOT Construction.Interior Design.Home Decor No sykt: NS1170086V | Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Klik daftar iklan dan pilih jenis iklan - Papan Premis Bayaran. Semua tatacara ada dimuatkan dalam laman web berkenaan. | Lain-lain | 06.12.2017 |
kedai pameran red hot construction interior design home decor no sykt NS1170086V | 1. KEDAI PAMERAN tukar kepada KEDAI PERABOT atau PUSAT PAMERAN PERABOT 2. Terjemahkan Bahasa inggeris kepada Bahasa Melayu atau sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris) Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my, klik DAFTAR AKAUN dan pilih DAFTAR IKLAN. Pilih jenis iklan - PAPAN PREMIS dan buat bayaran sebanyak RM10. | Lain-lain | 28.11.2017 |
pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ” | Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah: 1. Pemasang Konkrit Pratuang 2. Pemasang Sistem Acuan 3. Pemasang Sistem Blok 4. Pemasang Kekuda Bumbung 5. Tukang Plaster 6. Tukang Jubin 7. Penurap Bata 8. Pelentur Bar 9. Tukang Kayu 10. Pengkonkrit 11. Pemasang Dinding Kering 12. Pemasang Siling 13. Tukang Cat 14. Pengendali Loji 15. Perancah 16. Pengendali Kren 17.Pemasang Anduh dan Rig 18. Tukang Paio 19. Jurujaga atau Penjaga Jentera 20. Penyambung Kabel 21. Pendawai atau Pemasang Dawai 22. Pengimpal atau Tukang Kimpal 23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia 24. Pakar Catan dan Semburan 25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal 26. Penyiasat Tanah | Istilah | 20.12.2016 |
forming and shoring equipment for concrete construction | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. | Lain-lain | 26.08.2015 |
Tuan, Minta jasa baik tuan untuk terjemahkan ayat di bawah ke bahasa Malaysia. Kami ingin gunakan ayat ini untuk di paparkan di papan iklan syarikat kami. Sila rujuk artwork yang dilampirkan. Ayatnya adalah : FORMING AND SHORING EQUIPMENT FOR CONCRETE CONSTRUCTION Terima Kasih | Masukkan keterangan di bahagian paling atas, seperti "Syarikat Pembentukan dan Tupang Pembinaan Konkrit". Setelah dibuat pembetulam, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 01.09.2015 |
Salam hormat. Saya ingin mengajukan pertanyaan berhubung dengan penggunaan istilah yang sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ berdasarkan konteks di bawah: - Commissioning Manager/Team - Pre-commissioning Electrical Supervisor/Technician - Commissioning Induction/Training - Commissioning Permit to Work - Commissioning of System - Pre-commissioning activity - Pre-commissioning of Equipment Dalam kontrak EPCC (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning) pula, istilah ‘commissioning’ yang diguna pakai oleh media massa didapati tidak selaras. Antara yang digunakan ialah Pentauliahan, Pengoperasian, Pelaksanaan, Penjagaan dan Penugasan. Sehubungan itu, mohon pihak tuan mencadangkan satu istilah yang paling sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ agar dapat diselaraskan mengikut konteks di atas. Terima kasih. | Kami mengambil maklum tentang penggunaan perkataan “commissioning” dalam laras bahasa media yang kerap kali berubah padanannya dalam bahasa Melayu, mengikut konteks dan penggunaannya dalam bidang tertentu. Namun, untuk keselarasan, kami mencadangkan agar perkataan “commissioning” diterjemahkan sebagai pentauliahan, manakala “pre-commissioning” diterjemahkan sebagai prapentauliahan, kedua-duanya berasal daripada kata dasar “tauliah” yang bermaksud perihal memberi kuasa kepada individu atau kumpulan dalam menguruskan tugas tertentu. | Istilah | 21.11.2019 |