Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt menghubungi: I shall ~ you as soon as I arrive, saya akan menghubungi kamu sebaik saja saya tiba; we’ll ~ you by telephone, kami akan menghubungi kamu melalui telefon. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : keep in ~ with, sentiasa berhubung dgn: he tried to keep in ~ with the other members, dia sentiasa mencuba berhubung dgn ahli-ahli lain; lose ~, putus hubungan; make ~ (with ), /membuat hubungan, berhubung/ melalui: they made ~ by radio, mereka membuat hubungan melalui radio; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : be /in, out of/ ~ with, /berhubungan, tdk berhubungan/ dgn; (of fighting units), /bertempur, tdk bertempur lagi/ dgn; (of wires), /bersentuhan, tdk bersentuhan/ dgn: I have not been in ~ with him for a long time now, sudah lama saya tdk berhubungan dengannya; the wires should not be in ~ with one another, dawai itu tdk sepatutnya bersentuhan; bring so. into ~ with, mendedahkan sso kpd: we must bring these young people into ~ with new ideas, kita mesti mendedahkan anak-anak muda ini kpd idea-idea baru; come into ~ with, a. touch, bersentuhan dgn; b. come across, meet, bertemu dgn; (ideas, opinion, etc) menemui: in his job, he comes into ~ with people from different backgrounds, dlm kerjanya, dia bertemu dgn orang dr latar belakang yg berlainan; he came into ~ with several opposing opinions, dia menemui beberapa pendapat yg bertentangan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. act of touching, sentuhan, menyentuh: the disease is spread by ~, penyakit itu merebak melalui sentuhan; the mine will explode on ~, periuk api itu akan meletup apabila disentuh; 2. state of being in touch, hubungan: ~ has been reestablished with the cholera-stricken area, hubungan telah diadakan semula dgn kawasan yg ditimpa wabak taun itu; 3. person one contacts, contacted for st, orang hubungan: our business ~s in Manila, orang hubungan perniagaan kami di Manila; 4. (electr) connection, sentuhan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata contact


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan / Puan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan istilah sains dalam BM yang setara dengan istilah sains BI yang berikut: 1) Contact force 2) Non-contact force Sekain, terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk contact force dan non-contact force. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk contact ialah sentuh atau sentuhan dan non-contact ialah tanpa sentuh. Istilah bahasa Melayu untuk force ialah daya dan kuasa. Cadangan padanan istilah bahasa Melayu ialah daya sentuh dan daya tanpa sentuhIstilah14.11.2011
contact person in Bahasa Malaysia?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah orang hubungan.Istilah13.11.2008
1. Apakah 'outbound' contact centre di dalam Bahasa Malaysia? 2. Apakah 'inbound' contact centre di dalam Bahasa Malaysia? Tiada perkataan tersebut di dalm kamus istilah dalam talian. Terima kasih.Cadangan bahasa Melayu bagi outbound dan inbound contact centre ialah pusat hubungan luar kota dan pusat hubungan di kota.Istilah08.05.2008
Dalam bahasa Inggeris - contact details adalah senarai yang mengandungi nama, nombor telefon, alamat emel, dan mungkin nombor faks. Bolehkah 'contact details' diterjemah sebagai 'maklumat perhubungan' ?Untuk makluman, tidak ada istilah yang khusus untuk contact details. Oleh itu, maklumat perhubungan adalah betul dan boleh digunakan.Istilah29.10.2012
soalan 1. ground contact time : bagaimana untuk menterjemah ke Bahasa Melayu? soalan 2. BM untuk perkataan "Cadence" dalam bidang sukan?1. Untuk makluman tuan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa ground contact time dalam data kami. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat istilah contact time yang padanan bahasa Melayunya ialah masa sentuh yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. Manakala ground pula bermaksud bumi atau tanah. Untuk terjemahan frasa tersebut, pihak tuan perlu sesuaikan dengan konsep dan bidang yang hendak disampaikan.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi cadens ialah kadens, iaitu corak irama dan rentak nada, dan selang senyap yang dijana oleh isyarat suara dalam pemprosesan suara atau telefon berasas suara. Contohnya pemanggil akan mendengar corak kadens seperti dua kali nada dan satu senyap (mungkin 2 saat) yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat.

Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cadence untuk lebih lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan05.11.2014
Assalamualaikum, saya nak tanya apakah istilah Bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk perkataan 'contact pier'? Ia adalah satu struktur yang terdapat di lapangan terbang utama.Tidak ada padanan contact pier dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan, kami mencadangkan contact pier diterjemahkan kepada dermaga sambung atau dermaga temuan.Penyemakan dan penterjemahan21.07.2016
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat alihan bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bagi frasa 'contact sports'. Yang mana lebih sesuai, adakah sukan sentuh / sukan sentuhan / sukan bersentuh / sukan bersentuhan? Atau ada yang lain selain ini? Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa contact sports dalam data kami. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan padanan bagi contact sports tersebut ialah Sukan Sentuh.Istilah16.05.2018
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translations as below: 1. Made of food contact grade material. BM transalation: Diperbuat daripada bahan gred bersentuhan makanan. 2. Plastic bag with strong seal to prevent breakage. BM translation: Beg plastik berdinding kuat supaya tidak mudah koyak. 3. Security seal packed to avoid contamination. BM translation: Berbungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan kontaminasi. Thank you.Terjemahan:

a) Made of food contact grade material. Diperbuat daripada bahan gred sentuh makanan.
b) Plastic bag with strong seal to prevent breakage. Beg plastik kedap udara supaya tidak mudah koyak.
c) Security seal packed to avoid contamination. Bungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan pencemaran.  
Makna26.08.2019
Saya ingin bertanya sama ada buku Bawang Putih Bawang Merah oleh Rubaidin Siwar (terbitan DBP, 1980, 2002) masih dalam jualan? Atau ada naskhah lama yang boleh saya beli?Tuan boleh melayari laman contact-us">https://dbpniaga.my/contact-us untuk pertanyaan dan pembelian buku terbitan DBP.Lain-lain02.09.2019
What is customer service contact no.?Untuk menghubungi DBP, sila dail nombor 03-21479000/9001/9002.Lain-lain25.10.2016
1234

Kembali ke atas