Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata convergent


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A'kum dan Salam 1 Malaysia, saya Che'Rozaniza Binti Azizan, pelajar PhD daripada UPM memerlukan khidmat terjemahan bagi perkataan bahasa Inggeris ini: discriminant convergent Untuk makluman tuan/puan, ini adalah ayat asal perkataan tersebut: "........D-A fit, and N-S fit are three dimensions of P-E fit and have both convergent and discriminant effects on the outcomes" Segala bantuan dan maklum balas daripada pihak tuan/puan adalah amat saya hargai dan sanjungi. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah "discriminant convergent" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah bahasa Melayu untuk "discriminant", iaitu diskriminan atau pembeza layan. Istilah untukĀ "convergent" ialah tumpu, tumpuan atau konvergen. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tumpuan pembeza layan atau tumpuan diskriminan.Istilah18.07.2013
saya ingin cari terjemahan dalam bahasa melayu untuk istilah ini. "The Convergent Parallel Design-Concurrent"Dalam data rujukan kami, tiada terjemahan bagi perkataan tersebut. Mohon pihak tuan kemukakan cadangan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut dan pihak kami akan membantu penyemakan bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan20.10.2017
salam. saya pelajar phD. sedang dalam penulisan tesis. nak tahu dalam BM apakah maksud @ perkataan yang sesuai yang boleh saya gunakan. "convergent parallel design - concurrent"Salam sejahtera,

Dalam data rujukan kami, tiada terjemahan bagi perkataan tersebut. Mohon pihak tuan kemukakan cadangan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut dan pihak kami akan membantu penyemakan bahasa Melayu.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan11.11.2017
Salam Tuan/Puan, Bolehkah saya dapatkan terjemahan istilah Bahasa Inggeris berikut (dalam konteks metodologi kajian dan statistik): i. unidimensionality ii. normality test iii. corrected item total correlation iv. convergent validity v. disriminant validity Maklum balas dan kerjasama Tuan/Puan adalah amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Walaikumussalam.

Cadangan terjemahan yang sesuai ialah:

i.       Unidimensionality = keekadimensian

ii.      Normality test = ujian kenormalan

iii.     Corrected item-total correlation = korelasi item-jumlah dibetulkan

iv.    Convergent validity = keesahan konvergen
v. Discriminant validity = keesahan diskriminan

Terima kasih.

Istilah16.01.2017
ISTILAH YANG BETUL UNTUK 4 JENIS - JENIS GAYA PEMBELAJARAN (MENGIKIUT KOLB LEARNING SYLES,).. ADAKAH SAYA BOLEH DIRECT TRANSLATE DIVERGING LEARNING STYLE = GAYA PEMBELAJARAN DIVERGER, ACCOMMODATING LEARNING STYLE = GAYA PEMBELAJARAN AKOMODATOR, CONVERGING LEARNING SYLE = GAYA PEMBELAJARAN KONVERGER DAN ASSIMILATING LEARNING SYLE=GAYA PEMBELAJARAN ASIMILATOR.. MOHON BANTUAN, TQUntuk makluman, istilah yang istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami adalah seperti yang berikut:

1. divergent learning style - gaya pembelajaran menyerak

2. convergent learning style - gaya pembelajaran bertumpuan

3. accomodative learning style - gaya pembelajaran penyesuaian diri

4. assimilative learning style - gaya pembelajaran berasimilasi

Istilah01.03.2012

Kembali ke atas