Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ragi atau bunga-bunga pd kain (barang anyaman, tenunan, dll): besar-besar ~ kain batiknya; ~ damdam corak yg berpetak-­petak empat segi (corak tapak catur); 2. warna (bunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain itu berwarna hijau dan ~nya merah; 3. ki rupa (bentuk, sifat, dll): hasil usahanya telah menukarkan ~ pertanian di negeri itu; bercorak 1. berbunga-bunga (barang tenun­an, anyaman, dll), beragi: kain ~; 2. berwarna-warna (berbunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain merah yg ~ putih; 3. ki berupa (bersifat, berbentuk, berfaham, dll): menimbulkan perselisihan yg ~ perkauman; filem Indonesia ~ ketimuran; mencoraki menjadi corak pd (bagi), menjadi ciri asas pd (bagi), mewarnai: pergantungan ~ hubungan antara negara membangun dgn negara perindustrian Barat; mencorakkan 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; pencorakan perihal (perbuatan dsb) men­corakkan; pencorak orang (faktor, unsur dsb) yg menentukan corak (rupa, sifat, keadaan dsb) sesuatu: kita merupakan ~ masyarakat yg telah diamanahkan utk membela nasib dan masa depan anak-anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~-carik koyak-koyak, cobak-cabik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 gambar-gambar atau ragi pd kain (anyaman dsb): Kain ini tidak berapa bagus ~nya. 2 pelbagai warna pd warna dasar (ttg kain dll): Kain langsir itu tanahnya putih, ~nya merah. 3 ki rupa (bentuk, sifat) yg tertentu: Sejak itu, Aladin yg dahulunya sangat miskin telah bertukar ~ menjadi kaya. bercorak 1 bergambar atau beragi (ttg kain dsb): Kainnya ~ belang sawa. 2 berwarna pd tanah kain: kain merah yg ~ putih. 3 ki berupa (bersifat dll): Orkes itu sering memainkan lagu-lagu yg ~ Timur Tengah. Pemerintahan negara itu ~ demokrasi. mencorakkan 1 memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2 ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. pencorak orang, faktor, unsur dsb yg mencorakkan sesuatu atau seseorang: Sbg ~ masyarakat, kita bertanggungjawab membela anak-anak yg kurang bernasib baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corak

Puisi
 

Kain pelikat corak bersegi;
     Isi di dulang hendak dihantar;
Kalau pemikat baik budi,
     Burung terbang pulang ke sangkar.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai kain menunjukkan corak bangsanya.

Bermaksud :

Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan mana yang betul, Corak Beras Patah atau corak beras patah ?Kedua-dua perkataan "Corak Beras Patah" atau "corak beras patah" adalah betul ejaannya, bergantung pada ayat. Contohnya: Untuk penulisan tema atau slogan iklan, adalah lebih baik menggunakan ejaan "Corak Beras Patah", berbanding ejaan "corak beras patah".Tatabahasa07.08.2014
Salam sejahtera. Saya ingin menyemak terjemahan yang sesuai untuk fabrik "heather"iaitu sejenis fabrik berwarna yang dicampurkan poliester hitam atau putih. Mana yang lebih sesuai? Fabrik corak rintik, fabrik corak belang-belang atau fabrik corak capuk. Terima kasih.Perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun demikian, berdasarkan konsep yang diberikan, kami mencadangkan fabrik heather diterjemahkan kepada fabrik rintik atau fabrik kurik.Penyemakan dan penterjemahan10.08.2018
Salam sejahtera, adakah ayat-ayat berikut betul/gramatis? 1. Dia demam kerana bermain hujan. 2. Corak batik yang menarik menjadi tarikan ramai. 3. Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai.Ketiga-tiga ayat tidak gramatis. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi "Dia demam kerana bermain semasa hujan" dan "Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai.Tatabahasa09.05.2013
merekacorak atau mereka corak ?Ejaan yang betul ialah ‘mereka corak’.Ejaan13.08.2014
Terdapat berbagai corak unik ( betulkah tatabahasa yang digunakan?)

Frasa yang betul ialah:
Terdapat berbagai-bagai corak yang unik.  

Tatabahasa07.08.2020
apakah maksud banyak ragam?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ragam bermaksud 1. tingkah, cara, laku, olah 2. jenis, macam 3. lagu, langgam 4. corak, ragi, warna. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. Makna10.02.2011
definasi rekabentukReka bentuk ialah corak, bentuk, dan sebagainya yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dan sebagainya) Makna12.10.2009
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenianSila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986Lain-lain20.06.2007
Assalamualaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Inggeris ini yang berkenaan dengan corak cap jari: "loop", "arch", dan "whorl"? Sumber: https://facebook.com/bkpjpnm/photos/1707636212652483/ Terima kasih.Waalaikumussalam. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk loop ialah gelung; arch (lengkung) dan whorl (pusar). Sekian. Terima kasih.Istilah20.06.2018
Tuan/ Puan, Syarikat kami adalah sebuah Pusat Bahasa Inggeris. Kami ingin meletakkan kain rentang di hadapan premis sebagai iklan sementara. Corak dan perkataan adalah seperti banner yang dilampirkan tetapi saiz akan berlainan. Adakah perkataan seperti berikut dibenarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka atau perubahan pada perkataan mesti dilakukan. Kalau perubahan mesti dilakukan, bolehkah Dewan Bahasa dan Pustaka memberi cadangan. Terima KasihTuan/Puan, Jika hendak mendapatkan kelulusan bahasa daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), teks pada papan premis, kain rentang, gegantung dan sebagainya perlulah dalam bahasa Melayu atau jika hendak letak bahasa Inggeris, perlu buat dalam dwibahasa (bahasa Melayu di atas, bahasa Inggeris di bawah). Berkenaan kain rentang pihak tuan/puan, semua teks tersebut dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, pihak tuan/puan perlulah memberikan padanan dalam bahasa Melayu bagi setiap perkataan bahasa Inggeris tersebut contohnya, We also offer tukar kepada Kami juga menawarkan:, Business English kepada Bahasa Inggeris Perniagaan, Vocational English kepada Bahasa Inggeris Vokasional dan begitu juga dengan teks bahasa Inggeris yang lain.

Kemudian, pihak tuan/puan perlu layari laman web dbpsahbahasa.my , daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan kain rentang tuan/puan.
Tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.
Lain-lain21.06.2018
123

Kembali ke atas