Apakah 'coral' dan 'coral reef' dalam bahasa Melayu? Apakah maksud terumbu karang? Terumbu karang dan batu karang laut sama maksudnya? | Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal. | Makna | 01.02.2014 |
Slm, Mohon pengesahan pihak tuan untuk perkataan di bawah: a) 'crush coral' atau "crush coral" TQ | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang rasmi untuk "crush coral" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah karang hancur. | Istilah | 28.07.2016 |
Bolehkah "Green Coral Lettuce" diterjemahkan sebagai "Salad Karang Hijau"? | Salam sejahtera, Puan, Salad karang hijau boleh digunakan sebagai padanan untuk green coral lettuce. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.10.2019 |
Terumbu karang merupakan sejenis haiwan laut. Betulkah ini definisi bagi perkataan terumbu karang? | Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-bahan yang dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.
| Makna | 18.05.2020 |