| Apakah istilah yang biasa digunakan di Malaysia bagi "Council rates' di Australia atau 'Council Tax' di England? | Belum ada lagi padanan bagi Council Rates/Council Tax dalam bahasa Melayu. Berdasarkan kaedah pencukaian yang tersebut Concil Tax/Council Rates boleh diterjemahkan kepada Cukai Majlis kerana menyandarkan cukai tersebut kepada pihak yang mengenakan cukai, iaitu majlis tempatan/pihak berkuasa tempatan. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.05.2015 |
| Apakah perbezaan Sultan in Council dan Ruler in Council? | Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "Sultan in Council' ialah Sultan dalam Majlis Mesyuarat. Istilah bahasa Melayu untuk "Ruler in Council" ialah Raja dalam Mesyuarat. DBP tidak mempunyai maklumat tentang perbezaan kedua-dua istilah ini. | Istilah | 03.02.2016 |
| Saya ingin mengetahui istilah yang tepat bagi frasa 'pre council" dalam bahasa Melayu. | Pre dalam bahasa Melayu ialah "Pra". Dalam data kami, terdapat pelbagai padanan bagi perkataan "council". Sebagai contoh, pramajlis. Padanan dalam bahasa Melayu bergantung kepada bidang tertentu. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari council">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=council | Makna | 11.11.2015 |
| Pohon pihak tuan kemukakan cadangan padanan bagi perkara yang dinyatakan dalam Jadual yang dilampirkan. Terima kasih | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah parade ialah jalan pawai, Order in Council ialah Perintah dalam Majlis Mesyuarat, Ruler in Council ialah Raja dalam Mesyuarat, Order of the King in Council ialah Perintah Raja dalam Majlis Mesyuarat, Federal Executive Council ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan, State Executive Council ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Settlement Executive Council of a Settlement ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selat bagi sebuah Negeri Selat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 13.04.2023 |
| Apakah istilah terjemahan tepat untuk United Nations Security Council (UNSC)? Adakah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, atau Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu? | Terjemahan untuk United Nations Security Council (UNSC) dalam bahasa Melayu ialah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | Makna | 07.05.2022 |
| Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "Malaysian Timber Council"? "Majlis Perkayuan Malaysia," "Majlis Kayu-Kayan Malaysia," atau "Majlis Kayu Malaysia"? | Untuk makluman tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk Malaysian Timber Council. Istilah bahasa Melayu untuk timber ialah kayu, kayu-kayan dan balak. Kayu bermaksud bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll). Kayu-kayan bermaksud pelbagai jenis kayu. Perkayuan bermaksud segala jenis pekerjaan yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, membuat kerusi drpd kayu). Oleh itu, cadangan terjemahan ialah Majlis Perkayuan Malaysia atau Majlis Kayu Malaysia, bergantung pada konsep yang dimaksudkan. | Istilah | 24.10.2011 |
| Mohon kepastian penggunaan italik kata nama khas BI. Cth: NATIONAL ECONOMIC ACTION COUNCIL | Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus seperti perbadanan (institusi) tidak perlu ditulis condong tetapi huruf pertama kata nama khas tersebut ditulis dengan huruf besar. Contohnya, National Economic Action Council. Untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 96. | Lain-lain | 17.01.2025 |
| adakah perkataan sindikasi merujuk kepada sesi pre council atau sesi diskusi face to face. boleh kah digunakan dalam surat rasmi seperti contoh Jadual Sesi Sindikasi bagi tujuan Pemurnian dokumen | Perkataan sindikasi tiada dalam bahasa Melayu. Padanan yang sesuai untuk face-to-face discussion ialah perbincangan bersemuka. | Makna | 05.02.2020 |
| Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah perkataan seperti Tropical Forestry Action Plan (TFAP), United Nations Conference on Environment and Development (UNCED), Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS), Forest Stewardship Council (FSC) yang ditulis dalam dokumen bahasa Melayu perlu diitalik? Terima kasih. | Kata nama khas dalam bahasa Inggeris tidak perlu dihurufcondongkan, kecuali tajuk buku, tajuk lagu, tajuk artikel dan sebagainya. Oleh yang demikian, Tropical Forestry Action Plan (TFAP), United Nations Conference on Environment and Development (UNCED), Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) dan Forest Stewardship Council (FSC) dieja tanpa huruf condong. | Tatabahasa | 29.10.2025 |
| Salam sejahtera; Tujuan: Kami perlukan bantuan DBP untuk menterjemahkan tajuk ini dalam Bahasa Malaysia bagi tujuan pendaftaran dengan ROS TAJUK: ASIA LOGISTICS SUPPLY CHAIN COUNCIL Sekian; Sejuta terima kasih atas kerjasama anda. Kami amat menghargai . | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah MAJLIS RANTAIAN BEKALAN LOGISTIK ASIA. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.06.2016 |