Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n /budi bahasa, sopan- santun/: road ~, budi bahasa di jalan raya; he showed us great ~, dia menunjukkan budi bahasa yg tinggi pd kami; ~ call, kunjungan hormat; by ~ of, dgn ihsan: by ~ of the management, dgn ihsan pihak pengurusan; exchange of courtesies, saling berbudi bahasa; it is only common ~, sbg tanda budi bahasa. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata courtesy


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya, BI ke BM seperti di bawah Terdapat lima dimensi Sikap Warga Organisasi (Organizational Citizenship Behaviour) 1. Tingkah laku menolong (altruism) 2. kesungguhan (conscientiousness) 3. semangat setiakawan/berpasukan (sportsmanship), 4. kesopanan/adab (courtesy) 5. kemurniaan sivik (civic virtue) Saya perlu menggunakan ayat ini dalam kajian saya. Saya berharap pihak tuan/puan dapat maklumkan penggunaan ayat yang mana sesuai. Terima Kasih.Cadangan padanan bagi istilah altruism dalam bahasa Melayu ialah altruisme, conscientiousness ialah kehematan, sportsmanship ialah sikap sukan, courtesy ialah adab, dan civic virtue ialah kemurnian sivik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.01.2024
Selamat sejahtera. Soalan saya berkenaan nama orang China purba.Sebagai contoh, penyajak terkenal China, Li Bai mempunyai nama lain (dalam bahasa Cina ialah "zi", dalam bahasa Inggeris ialah "courtesy name") Taibai dan mempunyai satu lagi nama yang diberikan oleh diri sendiri (dalam bahasa Cina ialah "hao", dalam bahasa Inggeris ialah "literary name"), iaitu Qinglian Jushi (secara harfiah, Pertapa Teratai Hijau). Adakah zi dan hao boleh digunakan terus dengan dicondongkan, atau terdapat cadangan penterjemahan yang lebih sesuai?Kami mencadangkan supaya perkataan zi dan hao dicondongkan sekiranya hendak digunakan dalam penulisan kerana kedua-duanya merupakan perkataan asing.Lain-lain25.08.2017

Kembali ke atas