Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cover


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi 'music cover' dan 'piano cover' berdasarkan contoh ayat di bawah. 1) Dia menyanyikan 'music cover' lagu 'Sahabatku' yang dinyanyikan oleh Kumpulan Devotees. 2) Dia memainkan 'piano cover' lagu 'My Love' yang dipopularkan oleh Kumpulan Westlife.Cadangan terjemahan berdasarkan konteks ayat yang diberikan bagi music cover ialah "menyanyikan semula lagu" manakala piano cover ialah "memainkan semula muzik dengan piano". Makna02.02.2022
Apakah istilah bahasa melayu untuk perkataan "HATCH COVER". HATCH COVER merujuk kepada pintu yang terletak di atas lantai dek di offshore platform.Padanan istilah HATCH COVER dalam bidang kejuruteraan ialah PENUTUP HAC.Istilah26.07.2019
Assalamualaikum tuan, apakah istilah yang sesuai bagi maksud inner front cover dan inner back cover dalam bahasa Melayu?Dalam data rujukan kami, terdapat istilah back cover yang dipadankan sebagai kulit belakang manakala front cover pula ialah kulit depan. Perkataan inner pula pula diterjemahkan sebagai dalam.  Cadangan kami ialah kulit depan dalam dan kulit belakang dalam.Penyemakan dan penterjemahan28.02.2018
Assalamualaikum. Saya ingin mengesahkan terjemahan ini. Fans all over the world are uploading dance cover videos to express their love for K-POP. Terjemahan: Peminat di seluruh dunia memuat naik video tarian semula untuk meluahkan rasa cinta mereka terhadap K-POP. song cover/dance cover diterjemahkan sebagai nyanyian/tarian semula. Mohon nasihat. Terima kasih.

Untuk makluman, terjemahan untuk dance cover tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, istilah tarian semula yang digunakan dalam ayat ini boleh diterima pakai.

Penyemakan dan penterjemahan31.07.2019
Apakah penterjemahan untuk "cover song" atau "cover version"?Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan tersebut dalam contoh ayat supaya pihak kami boleh menyemak padanan kata yang sesuai. Hal ini kerana perkataan yang sama boleh membawa maksud yang berbeza bergantung pada penggunaannya dalam ayat.Penyemakan dan penterjemahan23.03.2018
Apakah terjemahan bagi 'music cover' dan 'piano cover'?Mohon berikan contoh perkataan dalam ayat agar pihak kami boleh memberikan terjemahan yang lebih sesuai mengikut konteks ayatMakna30.09.2021
Apakah terjemahan bagi 'book cover' atau 'novel cover'?Terjemahannya ialah kulit buku dan kulit novel.Lain-lain21.07.2021
Apakah terjemahan bahasa Melayu yang sebetulnya untuk perkataan Inggeris "Cover" dalam konteks video/audio muzik yang dinyanyikan oleh orang selain penyanyi asal satu-satu lagu. Contohnya: "Skyfall - Adele Cover by Mat".Terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'cover' mengikut konteks ayat 'Skyfall Adele Cover by Mat' ialah Nyanyian semula lagu Adele oleh Mat - SkyfallMakna02.06.2020
Salam Sejahtera, Mohon bantuan untuk menterjemahkan "Insurance Cover Note" dalam bahasa Malaysia. Terima kasih.Padanan insurance cover note dalam bahasa Melayu ialah nota lindung insurans.Penyemakan dan penterjemahan16.06.2016
1. Jika kami ingin buat iklan pada lori. Adakah kami perlu mendaftar di dewan bahasa dan pusaka malaysia? 2. Kami ada singboard kedai kami sendiri.diatas singboard kedai kami ada singboard HOTLINK kami sebagai ejen. sekarang kami ingin tukar cover Hotlink tersebut kepada cover STEVIA. Perlukah kami daftar ke dewan bahasa dan pusaka?1. Sebarang permohonan iklan yang memerlukan kelulusan PBT perlu mendapat pengesahan bahasa oleh DBP terlebih dahulu.
2. Seperti maklumat di atas, sebarang permohonan ke PBT termasuklan papan premis dan iklan perlu mendapat kelulusan DBP.
Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Tatabahasa01.06.2016
123

Kembali ke atas