| Apakah terjemahahan yang paling tepat bagi "cradle of Malay culture"? | Kami mencadangkan padanan terjemahan “Pemulaan Tamadun Melayu” untuk “cradle of Malay culture" Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. untuk mendapatkan terjemahan yang lebih tepat. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.03.2023 |