| Minta traslate 'Crash workshop' dalam Bahasa Melayu, adakah 'bengkel rintis' boleh digunakan. Terima Kasih. | Cadangan padanan yang sesuai ialah Bengkel Sumbang Saran. | Istilah | 19.06.2020 |
| Apa terjemahan 'to crash party'? | Cadangan terjemahan bagi crash party ialah tetamu tanpa jemputan. Jika ingin mendapatkan terjemahan yang lebih tepat, mohon berikan contoh perkataan dengan ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan mengikut konteks ayat yang diberikan. | Makna | 31.07.2022 |
| Apakah padanan yang sesuai untuk frasa 'crashed' untuk ayat berikut: The computer software has crashed. The simulation run on the computer has crashed. Terima kasih | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah kerosakan sistem bagi istilah system crash. Pada pandangan kami, perkataan rosak dicadangkan digunakan bagi perkataan crashed dalam ayat yang diberikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.09.2017 |