Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. bring into existence, mencipta; (by the Divine Act) mencipta, menjadikan: the artist has ~d a masterpiece, pelukis itu telah mencipta sebuah karya agung; God ~d the universe, Tuhan mencipta alam semesta; 2. set up, bring forth, mewujudkan; (department, organization, etc) menubuhkan, mewujudkan: to ~ a new and dynamic society, mewujudkan satu masyarakat yg baru dan dinamik; a new department was ~d, sebuah jabatan baru telah ditubuhkan; 3. cause, bring about, menimbulkan: his appearance ~d a sensation, kemunculannya telah menimbulkan sensasi; to ~ a disturbance, menimbulkan kekacauan; to ~ a good impression, menimbulkan tanggapan yg baik; ~ a scene, berbuat heboh; 4. invest with rank, melantik [sso] sbg: the Queen ~d him an earl, Baginda Ratu telah melantiknya sbg earl. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata create


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Create Project Task Apakah tejemahan yang sesuai untuk perkataan 'create'. Ini ialah antara muka sistem IT. Adakah 'Cipta Tugas Projek'? 2. Created By Untuk ini pula, adakah 'Dicipta Oleh' terjemahan yang sesuai? Terima kasih.1. Kami mencadangkan teks "Create Project Task" diterjemahkan kepada "Reka Tugas Projek"
2. Terjemahan bagi teks "Create By" ialah "Dicipta oleh"
Penyemakan dan penterjemahan05.10.2019
Salam Tuan/Puan, mohon nasihat berkenaan penggunaan perkataan "dalam/pada" yang betul bagi ayat yang diterjemah ini. "Create a new file or create a backup in your old phone." - Adakah jawapan (1) Cipta fail baharu atau sandaran dalam telefon lama anda. ATAU (2) (1) Cipta fail baharu atau sandaran pada telefon lama anda. Terima kasih

Terjemahan bahasa Melayu untuk ayat Create a new file or create a backup in your old phone ialah  

“Cipta fail baharu atau fail sokongan pada telefon lama anda”.


Makna17.02.2023
saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul bagi ayat ini "Create a clean environment"Cadangan kami, create a clean environment diterjemahkan kepada mewujudkan persekitaran yang bersih.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2017
saya ingin bertanya terjemahan bagi ayat ini "create a clean environment" adakah bermaksud "menyumbang kepada pembersihan alam sekitar?"Cadangan kami, create a clean environment diterjemahkan kepada mewujudkan alam sekitar yang bersih jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Lain-lain26.07.2017
saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi ayat ini "create an environmental friendly? adakah bermaksud "menyumbang kepada mesra alam?"Cadangan kami, create an environmental friendly diterjemahkan kepada ke arah mesra alam sekitar jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2017
Apakah istilah bahasa Melayu untuk perkatan "upcycling"? Maksud dalam bahasa Inggeris: to recycle (something) in such a way that the resulting product is of a higher value than the original item : to create an object of greater value from (a discarded object of lesser value)Padanan bagi istilah upcycle dalam bahasa Melayu ialah kitar tinggi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.10.2024
Apakah translasi bagi 'Co-created by' selain daripada Dibawakan oleh?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk co-created. Istilah bahasa Melayu untuk create ialah cipta. Oleh itu cadangan padanan bahasa Melayu untuk co-created ialah Dicipta bersama oleh.Istilah20.09.2012
Salam Apakah padanan paling sesuai dalam Bahasa Melayu bagi perkataan-perkataan tersebut di bawah dalam konteks pembangunan sumber manusia: 1. Leading self 2. Unleash entrepreneur 3. Entrepreneurship of the many 4. Performance with a meaning 5. Co-create Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: self-leadership - kepimpinan kendiri dan cocreate - cipta bersama.Untuk makluman, leading self, unleash entrepreneur, entrepreneurship of the many dan performance with a meaning bukan suatu bentuk istilah dan pihak kami memerlukan ayat penuh yang lebih tepat untuk tujuan penterjemahan.Istilah28.07.2022
Salam sejahtera. Saya ingin meminta bantuan untuk memberi padanan istilah (bukan takrifan) "accelerationism" dalam bahasa Melayu. Menurut Wikipedia, "accelerationism" ialah: "Accelerationism is a range of ideas in critical and social theory that propose that social processes, such as capitalist growth and technological change, should be drastically intensified to create further radical social change referred to as "acceleration"."Kami mencadangkan accelerationism diterjemahkan sebagai "fahaman akselerasi". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah01.03.2022
Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan-perkataan di bawah dalam konteks teknologi maklumat bagi pemasaran: - simplifying and automating - single source of truth - back end solution - accelerator (pemecut?) - connected tools - findability (kebolehcarian?) - push on line sales - push high retail prices - market on boarding - market user guides (panduan pengguna pasaran?) - decommissioned - dependencies (kebergantungan?) - feed the structure - machine learning - tailored for the market (disesuaikan mengikut pasaran?) - publish date - market publish date - modulate the sources (mengubah-ubah sumber?) - promote category - redirects (ubah hala?) - select market (pilih pasaran?) - view user profile (lihat profil pengguna?) - expand and collapse panels - change catalogs (tukar katalog?) - details panel (panel butiran?) - remove category (sisih kategori?) - categorize items (mengkategorikan item?) - create new category (cipta kategori baharu?) - move category (pindah kategori?) - publish category Terima kasih.

Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah:
simplifying and automating – automatik dan pemudah
single source of truth – sumber tunggal dipercayai
back end solution – penyelesaian bahagian belakang/penghujung
accelerator - pemecut
connected tools – alat bersambung/penghubung
findability - kebolehcarian
push on line sales – peningkatkan jualan dalam talian
push high retail prices – peningkatkan harga jualan tertinggi
market on boarding – pasaran sedang niaga
market user guides - panduan pengguna pasaran
decommissioned – mematikan, menutup, menghapuskan (bergantung pada konteks ayat)
dependencies - kebergantungan
feed the structure – penambahbaikan
machine learning – pembelajaran mesin
tailored for the market - disesuaikan mengikut pasaran
publish date – tarikh terbitan
modulate the sources - modulat sumber
promote category – kategori promosi
redirects - ubah hala
select market - pasaran pilihan
view user profile - profil pengguna/pelawat
expand and collapse panels – kecil atau besarkan panel
change catalogs - tukar katalog
details panel – Panel rinci
remove category -  buang kategori
categorize items – mengkategorikan item
create new category - cipta kategori baharu
move category - pindah kategori 
publish category – terbit kategori

 

Makna15.09.2020
12

Kembali ke atas