Apakah translasi bagi 'Co-created by' selain daripada Dibawakan oleh? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk co-created. Istilah bahasa Melayu untuk create ialah cipta. Oleh itu cadangan padanan bahasa Melayu untuk co-created ialah Dicipta bersama oleh. | Istilah | 20.09.2012 |
Mohon bantuan untuk terjemah ayat ini: Nodes were created and refined as each transcript progressed. At the end of the 14th raw transcript, a total of 81 nodes were created. Jasa tuan/puan amatlah dihargai | Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.03.2022 |
Mohon untuk menterjemahkan dalam bahasa malaysia A measure was created to evaluate the ethical influence of significant others. Here the criteria to meet include (a) the frequency with which direct supervisors and peers offer cues concerning ethical behaviour to respondents and (b) respondents’ perception of the strength of those ethical cues, again defined as the clarity message. As with the measures described above, existing item were pooled from the ethics literature and evaluation for the usefulness in meeting the above criteria. For the peer scale, four items fell on a single factor, which two additional item did not included. This item (how often do peer discuss past or current organizational ethical dilemma with you) and (how often do peers speak with you about the organization’s ethical guidelines?) both concern peers discussing ethics rather than acting in some ethical or unethical manners or stating their opinions on ethics in a generalized manner. Although no range restriction exist for these item, their mean (2.26 and 2.33) do indicate that they are substantially less frequent than the occurrences discussed in the other ‘peer’ items | Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan teks atau dokumen. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks atau dokumen yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2014 |
Istilah sesuai bagi "hashmoji". Penerangan Hash Sign Emoji Meaning. An emoji version of the hash symbol (#), created via a variation selector. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah hashmoji ialah tanda pagar emoji. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 03.06.2025 |
1. Create Project Task Apakah tejemahan yang sesuai untuk perkataan 'create'. Ini ialah antara muka sistem IT. Adakah 'Cipta Tugas Projek'? 2. Created By Untuk ini pula, adakah 'Dicipta Oleh' terjemahan yang sesuai? Terima kasih. | 1. Kami mencadangkan teks "Create Project Task" diterjemahkan kepada "Reka Tugas Projek" 2. Terjemahan bagi teks "Create By" ialah "Dicipta oleh" | Penyemakan dan penterjemahan | 05.10.2019 |
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. Ketepatan makna mengikut ayat asal Inggeris Ayat asal: You cannot exit the announcement group because you created the community it's in. You can deactivate the community through community info instead. Ayat diterjemah 1: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti di dalam grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Ayat diterjemah 2: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Terima kasih | Cadangan terjemahan daripada ayat yang diberikan ialah "Anda tidak boleh keluar daripada kumpulan pengumuman kerana anda telah mencipta komuniti di dalamnya. Sebaliknya, anda boleh menyahaktifkan komuniti melalui maklumat komuniti." | Makna | 21.09.2022 |
Encik Azlan Assalam. Saya Azlan Ishak dari Galeria Perdana Pulau Langkawi. Dengan siapa saya boleh berhubung tentang terjemahan bahasa untuk maklumat artifak dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu? Ini maklumatnya : Window of Oppoturnity By Gerald Takawira From Zimbabwe Springstone This contemporary abstract sculpture by the Zimbabwean artist Gerald Takawira depicts the "Window of Oppoturnity" created by Tun Dr. Mahathir bin Mohamad for Malaysia during his 22 years as Prime Minister. The Window is supported by 5 colums, each of which represents one of the key infrastructures or policies created by Tun Dr. Mahathir during his tenure. Education and enlightenment of the people Physical infrastructure Legal system Racial and cultural harmony Stable and moderate foreign policy The 5 colums are also symbolic of the Tun Dr. Mahathir's outstretched hand as he holds the "Window of Oppoturnity" aloft. The "Seed" in the "palm of the hand" is the seed of development which is poised to burst through the "Window of Oppoturnity" The sculpture is carved from a single 8-ton block of 3.5 billion year old Springstone specially imported from Zimbabwe for the purpose. All the carving was done using only simple hand tools. No machine tools of any sort were used and the finished sculpture weight approximately 5 tons. Harap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian terima kasih. | Terima kasih tuan. DBP tidak lagi diamanahkan kerajaan untuk melaksanakan tugas penterjemahan. Tugas-tugas ini dialihkan amanahnya kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Tuan boleh melayari pada laman seswang ini untuk tindakan susulan, iaitu http://www.itnm.com.my/ | Lain-lain | 16.01.2014 |
Jabatan Kastam Di raja Malaysia mempunyai salah satu cawangan yang dinamakan Cawangan Penjenisan. Cawangan Penjenisan berperanan dalam menentukan kod tarif yang tertentu bagi sesuatu barangan. Kod tarif adalah “harmonized Commodity Description & Coding System, commonly known as HS Codes and ASEAN Harmonized Tariff Nomenclature (AHTN) were created for international use by the Custom Department to classify commodities when they are being declared at the custom frontiers by exporters and importers”. Untuk makluman, cawangan penjenisan lebih dikenali sebagai “classification unit/department” di negara-negara luar. Oleh yang demikian, JKDM berhasrat untuk menukar nama Cawangan Penjenisan kepada Cawangan Klasifikasi. Mohon khidmat nasihat pihak tuan tentang makna perbezaan “penjenisan” dan “klasifikasi” serta perkataan mana yang lebih tepat untuk menggambarkan bidang tugas cawangan tersebut. | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, penjenisan bermaksud perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menjeniskan, pembahagian kepada beberapa jenis. Klasifikasi pula bermaksud hal atau hasil membahagi-bahagikan sesuatu kepada beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu; pengelasan. Istilah bahasa Melayu untuk "classification" ialah pengelasan atau klasifikasi. Berdasarkan penerangan di atas, "classification unit/department" boleh diterjemahkan kepada Unit Klasifikasi, Bahagian Klasifikasi. Unit Pengelasan atau Bahagian Pengelasan. | Istilah | 16.02.2017 |
TERJEMAHAN PERKATAAN “SHALL MAKE GOOD THE DEFICIENCY” KE BAHASA KEBANGSAAN Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan “shall make good the deficiency” ke dalam bahasa kebangsaan. 3. Butiran contoh ayat di bawah: "14. In case the sinking fund created under section 12 is insufficient for the repayment of all principal moneys represented by stock issued under this Act at the time when the same becomes due, the Minister shall make good the deficiency out of the Consolidated Fund.” | Perkataan atau frasa yang tuan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, tuan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2022 |
Hello, I would like to ask if there's a new word / term that we want to register to be used in all our advertising materials, how do we do it? How do I proceed with submission or request ? The term that we are looking at is "Slofie" which is created by our partners in USA. I understand that "Swafoto" is being used for "Selfie" and it was registered officially in DBP. Please let me know. Thanks. | Tuan, sila kemukakan cadangan tuan melalui link di bawah. Walau bagaimanapun, untuk mengemukakan cadangan, tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx | Istilah | 20.09.2019 |