Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata credit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
credit crunchluluh kreditIstilah11.12.2008
Adakah "issuer's credit" boleh diterjemah kepada "kredit pengeluar"? Konteks ayat berkaitan pengeluar bon. "Subject to Issuer’s Credit / Default Risk."Mohon kemukakan takfiran perkataan issuer's credit bagi membantu kami mendapatkan padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan28.01.2020
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Istilah "photo credit" ialah catatan yang memperakui sumber sesuatu gambar foto yang diterbitkan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "photo credit"? Kredit foto, penghargaan foto, perakuan foto atau apa-apa terjemahan lain yang sesuai?

Dalam hal untuk menyatakan sumber atau memberikan penghargaan kepada sesuatu ilustrasi (foto dan sebagainya). Kami mencadangkan penggunaan perkataan “Ihsan” ” atau “Sumbangan” contohnya “Ihsan Arkib Negara” terutamanya bahan ilustrasi yang telah diperoleh kebenaran untuk penggunaan daripada pemilik hak. Sekiranya bahan ilustrasi tersebut dalam kategori domain awam (public domain) menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyatakan sumber bahan ilustrasi tersebut, kami mencadangkan penggunaan perkataan “Sumber” atau boleh juga terus menyatakan sumber seperti buku atau sebagainya.

Lain-lain09.05.2022
bagaimana mengeja dengan betul perkataan ataupun or atau pun Bolehkah perkataan ini (Malaysia Export Credit Insurance Berhad) dieja dalam bahasa inggeris dalam sesuatu penulisan atau perlu diterjemah

Puan Norhanisah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Ejaan yang betul ialah ataupun. Bagi pertanyaan kedua Malaysia Export Credit Insurance Berhad hendaklah kekal ditulis begini mengikut apa yang telah didaftarkan dengan SSM. terima kasih

Makna14.10.2009
Salam Sejahtera, boleh berikan saya maksud untuk "Credit Card settlement receipt" ? Terima KasihKami mencadangkan maksud bagi perkataan tersebut ialah resit penyelesaian kad kredit.Penyemakan dan penterjemahan24.06.2015
Salam Tuan, Sila bantu untuk translate soalan 1 & 2 kepada Bahasa Melayu. Soalan 1 d) I/We hereby provide my/our consent to the Bank to share any of my/our information with any third parties including other banks and credit reporting agencies in Malaysia registered under the Credit Reporting Agencies Act 2010, Fraud Bureau and/or other information-sharing database for the purpose of detecting and/or investigating and/or preventing fraud and I/we shall not hold the Bank and/or such third parties liable for any loss or damage arising from such sharing of my/our information and/or the processing thereof; Soalan 2 e) I/We hereby confirm that I/we have obtained the consent of the third party/parties referred to in this application form for me/us to disclose his/her/their information to the Bank and for the Bank to use and/or process and/or share their information for the purposes stated herein; Terima KasihWaalaikumussalam. Untuk makluman tuan/puan, kami hanya membuat pengesahan bahasa Melayu. Tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-9226 2506 atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-4145 1800 untuk hal yang berkaitan dengan terjemahan. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan20.09.2017
Saya ingin mendapatkan terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia untuk perkataan 'rating'. Cth ayat - Rating Services, credit rating, rating portfolio, rating industry. Atau adakah cara lain yang boleh membantu saya untuk mendapatkan bantuan bagi sebarang terjemahan untuk perkataan-perkataan tertentu? Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan rating ialah kadaran/pengadaran/pemerinkatan. Saudara boleh mendapatkan padanan perkataan melalui Carian Kata melalui KNDBP dalam laman web Dewan Bahasa dan Pustaka.    Istilah10.04.2009
Penggunaan ayat bahasa Melayu yang sesuai untuk dibawah: Kindly arrange to regularize your facility immediately as your payment record is reflected in your credit bureau report maintained with Bank Negara Malaysia.

Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Lain-lain12.10.2022
Kami ingin mendapatkan kelulusan MPK untuk menggantung banner kami di premis. Mereka menasihatkan kami untuk mendapat kelulusan dari pihak DBP. Perkataan di banner tersebut adalah seperti berikut: Mulakan Perniagaan anda dengan BizMula-i Pembiayaan untuk perniagaan baru Tempoh masa terhad Kunjungi kami sekarang Credit Guarantee Corporation CGCUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain11.08.2014
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "penciller" seperti dalam konteks di bawah: “bookmaker” means any person who— (i) whether on his own account or as penciller, runner, servant or agent for any other person, receives or negotiates bets or wagers, whether on a cash or credit basis and whether for money or money’s worth; Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

penciller - pensiler

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain27.05.2021

Kembali ke atas