Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata crest


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai untuk "apex predator" untuk ayat contoh di bawah: A sudden strike turns a location scout into a race against death and a personal trainer becomes the victim of an apex predator stalking the trails. Menurut Kamus Bahasa Inggeris, definisi yang diberikan ialah: n 1. highest point, peak, puncak, mercu, kemuncak; (tech) mercu, puncak: the ~ of a mountain,puncak gunung; the ~ of a triangle,mercu segi tiga; 2. pointed end, apeks; (of tongue, leaf) apeks, hujung: the ~ of the lung, apeks paru-paru; the ~ of the heart, apeks jantung; the ~ of the tongue, hujung lidah; 3. end, edge, crest of mineral vein, apeks; 4. climax, mercu, puncak: he was at the ~ of his career, dia berada di puncak kerjayanya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Berdasarkan definisi di atas, mengikut pemahaman saya, "apex predator" merujuk kepada pemangsa yang berada di puncak piramid makanan. Mohon bantuan pihak Tuan/Puan untuk memberikan padanan yang sesuai mengikut konteks ayat contoh yang diberikan di atas. Terima kasih.Kami mencadangkan "apex predator" diterjemahkan sebagai "pemangsa puncak". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah18.06.2022
PENGESAHAN PAPAN IKLAN PENGGUNAAN BAHASA.

Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut dan iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Bagi iklan yang dilampirkan, mohon buat dulu pembetulan, seperti yang berikut:

i.              NO. 20A, UNIT 21-08, AVENUE CREST, JALAN XXX. - betulkan susunan alamat

ii.             TEL.: xxx - masukkan titik untuk singkatan

Lain-lain06.11.2023

Kembali ke atas