Bolehkah saya dapatkan cadangan terjemahan yang betul untuk istilah "Crispy Formed Whole Muscle". Terima kasih. | Mohon berikan cadangan perkataan yang ingin diterjemahakan dalam bentuk ayat serta konsep yang digunakan, agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat. | Makna | 02.05.2023 |
Apakah pendapat pihak DBP mengenai nama menu produk makanan hasil gabungan perkataan Melayu dan Inggeris? Contoh: Keropok Seaweed, Popcorn Tuna, Popia Tuna Crispy? | Untuk nama menu yang mempunyai padanan dalam bahasa Melayu, penggunaan bahasa Melayu perlulah diutamakan. Contoh: keropok rumpai laut, bertih jagung tuna, popia tuna rangup. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.07.2022 |