| "crowd-source content"? atau pun "crowdsourcing" dalam bahasa melayu. Terima Kasih. | Padanan istilah sangat bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Kami mencadangkan sumber awam untuk padanan crowdsourcing. Mohon berikan konteks penggunaan crowdsourcing dalam ayat agar kami dapat mencadangkan padanan yang bertepatan dengan konteks penggunaan puan. | Istilah | 06.03.2019 |
| Saya ingin tahu apakah terjemahan untuk perkataan "crowd sourcing"? Terim kasih. | Tidak ada padanan perkataan crowd sourcing dalam pangkalan data kami. Sourcing lazimnya diterjemahkan kepada punca atau sumber. Crowd dalam kebanyakan bidang peristilahan diterjemahkan kepada ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk crowd">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=crowd. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.11.2015 |
| apakah maksud crowd-source content dan crowdsourcing dalam bahasa melayu? terima kasih | Padanan istilah sangat bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Kami mencadangkan sumber awam untuk padanan crowdsourcing. Mohon berikan konteks penggunaan crowdsourcing dalam ayat agar kami dapat mencadangkan padanan yang bertepatan dengan konteks penggunaan puan. | Istilah | 06.03.2019 |
| Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Crowd Marketing"? Pemasaran khalayak? Pemasaran ramai? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah crowd marketing ialah pemasaran khalayak.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 29.09.2022 |
| Assalamualaikum/Salam Sejahtera Adakah terdapat terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi perkataan berikut: 1. Crowdsourcing atau crowd sourcing 2. Crowdfunding atau crowd funding Mohon bantuan. Terima kasih. | Berdasarkan rujukan kami, terdapat padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah yang berikut: i. crowd sourcing - sumber khalayak ii. crowdfunding - pendanaan awam | Penyemakan dan penterjemahan | 12.04.2022 |
| Apakah terjemahan yang sesuai untuk crowd funding? Saya ingin menggunakan pendanaan khalayak / pendanaan awam / pendanaan ramai. | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi crowd funding dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu yang boleh digunakan ialah pendanaan ramai. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.06.2016 |
| Adakah boleh saya terjemahkan istilah "The Crowd Puller Events" kepada Acara-Acara Menarik? Atau perlu terjemahan yang lebih terperinci? Frasa ini merupakan tajuk pembentangan. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "The Crowd Puller Events" ialah 1. Acara-acara Menarik 2. Acara Tarikan Ramai (Penggunaannya bergantung pada konteks ayat) | Lain-lain | 04.07.2023 |
| Apakah terjemahan bagi Equity Crowdfunding (ECF)? | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi crowd funding dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu yang boleh digunakan ialah pendanaan ramai. Oleh itu, terjemahan bagi Equity Crowdfunding (ECF)? ialah Ekuiti Pendanaan Ramai. | Istilah | 27.09.2018 |
| 1. Apakah istilah yang sesuai bagi "Crowdsourcing" jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Buat masa sekarang saya menggunakan istilah "penyumberan awam" dalam kajiselidik pengajian PhD saya 2. Apakah istilah yang sesuai bagi "Crowd worker" jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Buat masa sekarang saya menggunakan istilah "pekerja orang ramai" dalam kajiselidik pengajian PhD saya. 3. Adakah DBP menyediakan perkhidmatan kepada pelajar untuk menyemak terjemahan dr versi BI ke BM ? Sebagai contoh satu perenggan untuk menyemak satu perenggan utk bahagian "Abstrak". Kerjasama dan maklum balas dari DBP saya dahului dengan ribuan terima kasih. Salam hormat, Mohd Fitri Mansor | 1. Istilah yang sesuai untuk "crowdsourcing" ialah sumber khalayak. 2. "Crowd worker" sesuai dipadankan dengan istilah pekerja kumpulan atau pekerja khalayak. Penggunaan istilah yang sesuai bergantung kepada konteks ayat. 3. DBP ada menyediakan perkhidmatan semakan dokumen bahasa Melayu. Tuan boleh menghubungi DBP Bahagian Penguatkuasaan di talian 03-2147 9763 untuk maklumat dan pertanyaan lanjut.
| Lain-lain | 16.10.2018 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memandangkan istilah 'revitalize' dan 'revitalization' tiada pemadanan khusus dalam istilah bahasa Melayu, bolehkah saya mengusulkan kata 'pugar' dan 'pemugaran' sebagai padanan? Adakah terdapat saluran dalam talian bagi mengemukakan cadangan padanan istilah ke DBP? Ini boleh memberi ruang untuk orang ramai memberi saranan/cadangan melalui penggunaan sumber khalayak (crowd sourcing). | Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu diberikan definisi yang tepat. Jika tiada dinyatakan bidang maka kata hanyalah kata umum. Makna kata umum boleh sahaja dirujuk dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan (KIMD). Dalam KIMD, makna kata revitalize ialah menggiatkan, mencergaskan; manakala makna kata revitalization ialah penggiatan, pencergasan/ semula. DBP sangat mengalu-alukan para pakar bidang untuk bergerak bersama mencipta istilah Melayu. | Istilah | 27.12.2018 |