Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cua.ran] | چوارن

Definisi : 1. benda yg mencuar; 2. (Bio) unjuran yg keluar dr sesuatu struktur organisma (manusia, binatang atau tumbuhan), mis bonjolan tulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cua.ran] | چوارن

Definisi : 1 benda yg mencuar. 2 ist alat pengesan bau (pd serangga). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mencadangkan nama "labi-labi kepak" sbg terjemahan bg "flapshell turtle". PENERANGAN: "flapshell turtle" ini ialah kelompok kura-kura dalam subkeluarga Cyclanorbinae yg merangkumi genus "Cyclanorbis", "Cycloderma" dan "Lissemys". Ia tergolong dlm keluarga Trionychidae yg dikenali sbg "labi-labi" atau "softshell turtle" tetapi tidak tempatan di Asia Tenggara. Ia disebut sbg "flapshell" kerana mempunyai bahagian menyerupai cuaran atau kepak pada plastronnya. Maka, "softshell turtle" akan diterjemahkan sebagai "labi-labi" sedangkan "flapshell turtle" diterjemahkan sebagai "labi-labi kepak".Terima kasih atas padanan bahasa Melayu yang disarankan. Pihak kami mengambil perhatian tentang istilah tersebut. Saran kata boleh dibuat melalui pautan http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx.Lain-lain30.05.2024

Kembali ke atas