Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ba] | چوبا

Definisi : 1. haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sbg mengajak atau menyuruh secara halus): ~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu; ~ marah budak-budak itu; 2. sr kata utk menyatakan marah (kesal dll): ~, apa yg telah kauperbuat! 3. = ~ kalau sekira­nya, seandainya: ~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi; cuba-cuba hanya menguji-uji saja (utk me­ngetahui dll): percaya dgn tiada ~; mencuba 1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; mencubakan 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidak­nya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti; cubaan 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-20 telah ada ~ utk memahami Islam; percubaan 1. usaha utk melakukan (men­jayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilaku­kan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; pencubaan perihal (usaha dsb) mencuba (kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ba] | چوبا

Definisi : 1 kata yg dituturkan utk mengajak atau utk menyuruh secara halus; silalah; haraplah: ~ saudara fikirkan perkara ini dalam-dalam sebelum bertindak. 2 = ~ kata sekiranya; seandainya: ~ tidak ada orang di situ tadi, mati engkau dikerja­kannya. cuba-cuba sbg ujian saja; menguji-uji saja: Hanya ~, barangkali dpt sembuh penyakitnya. bercuba dpt atau sudah dicuba (ttg kekuatan, ketahanan dsb sesuatu). mencuba 1 melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2 memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak: ~ baju; ~ sepatu. 3 berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4 mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5 menguji (kepandaian dll): Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. mencubakan menggunakan sesuatu utk menguji: Ubat ini sudah dicubakan kpd beribu-ribu orang. cubaan sesuatu yg dilakukan (dialami) utk mecuba; ujian; dugaan: Sabarlah menerima ~ Tuhan. percubaan 1 usaha utk mencuba atau menguji sesuatu: ~ menanam padi Malinja sangat berjaya. Pelajar-pelajar telah mengadakan ~ sains di bilik makmal. 2 belum ditetapkan lagi (ttg seseorang pekerja dlm jawatannya) kerana belum lulus peperiksaan dsb: Si anu itu sudah tiga tahun bekerja, tetapi masih dlm ~. pencubaan perbuatan (hal, cara dll) mencuba atau mencuba­kan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuba

Puisi
 

Cuba-cuba menanam sirih,
     Takut nak ada tumbuh sulurnya;
Cuba-cuba merebut kasih,
     Takut nak ada unjuk hulurnya.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Gamak-gamak seperti menyambal.

Bermaksud :

Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)

194

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menahan lukah di pergentingan

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(38)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksuk perkataan mumbang. Ini dari peribahasa cuba-cuba menanam mumbang.Mumbang ialah putik kelapa (yang masih kecil).Makna05.05.2008
Merujuk jawapan bagi soalan 46 yang telah saya tanya.Tuan mengatakan bahawa `cuba` ialah kata bantu. ` cuba` ialah kata bantu ragam atau kata bantu aspek? Bolehkah kata bantu `cuba ` boleh menerima imbuhan lalu menjadi `mencuba ` ? Terima kasih.Cuba tergolong dalam golongan kata kerja, oleh sebab itu cuba boleh menerima awalan meN- (mencuba) dan dalam hal ini cuba bukanlah kata bantu. Untuk lebih memahami kata bantu termasuklah bentuk dan jenisnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 471.Tatabahasa06.05.2009
Tuan, apakah perbezaan makna antara kata "cuba" dengan kata "mencuba" dalam ayat-ayat sebelah ini? Kata "cuba" atau "mencuba" yang harus digunakan? Ayat: 1. Adila ingin cuba memulihkan jiwa Bujei. 2. Adila ingin mencuba memulihkan jiwa Bujei. 3. Saya akan cuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. 4. Saya akan mencuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu.Ayat yang betul ialah:
1. Adila ingin mencuba memulihkan jiwa Bujei.
2. Saya akan mencuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. 
Sila rujuk kamus untuk melihat perbezaan makna antara kata cuba dan mencuba.
Tatabahasa16.01.2015
Cuba tanya, bagi perkataan “Saya”, “Selasa” dan sebagainya, bagaimanakah kita menyebut vokal “a” pada akhir perkataan tersebut? Terima kasih.Sebutan baku bagi perkataan "saya" dan "Selasa" dibunyikan "a".

Untuk penerangan lanjut, puan boleh rujuk pautan yang disertakan.

http://klikweb.dbp.my/?p=4456
Lain-lain31.01.2021
cuba mencari istilah PRINTSCREEN dalam prpm tapi gagal. mohon nasihat

Istilah09.01.2018
Apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah Inggeris try and error?Istilah yang lebih tepat dalam bahasa Inggeris ialah trial and error. Padanan bahasa Melayu bagi istilah trial and error ialah cuba-cuba. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.06.2025
uji cuba/ujicubauji cubaEjaan13.05.2013
Pengunaan ayat yang manakah lebih baik? *Cuba bilang bersama-sama saya. atau *Cuba bilang bersama-sama dengan saya. atau *Cuba bilang bersama-sama.Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Cuba bilang bersama-sama saya".Tatabahasa11.01.2017
Tuan, "cuba kata" ialah frasa atau kata majmuk? Adakah "cuba kata" ialah frasa atau kata majmuk (saya tak pasti) yang bertugas sebagai kata hubung (atau frasa hubung?) keterangan syarat? Kata hubung keterangan syarat seperti "jika", "jikalau", "andai kata", "seandainya". Jadi, adakah "cuba kata" ialah kata atau frasa hubung keterangan syarat?Tidak ada maklumat dan contoh penggunaan "cuba kata" dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan kata majmuk dibina dengan rumus yang tertentu, tidaklah dengan hanya menggabungkan mana-mana dua perkataan untuk menghasilkan kata majmuk.Tatabahasa17.01.2015
Apakah status "cuba" dan "terus" dalam contoh ayat dibawah? 1. Ibu cuba menolak pintu itu dengan sekuat hati. 2. Adik terus berlari mendapatkan ayah yang pulang dari Bali. Adakah ia adalah kata adverba?Sekiranya adverba, adakah ia tergolong Kata Adverba Jati? Terima kasih.Kata cuba dan terus dalam kedua-dua ayat tersebut merupakan kata adverba jati yang menerangkan kata kerja dan frasa kerja.Tatabahasa07.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas