Aizat Akmal SAT 12:25 asalamualaikum dbp. saya nak bertanya ttg kamus dewan online. adakah kamus tersebut mengalami sebarang masalah. hal ini kerana, lama tersebut tidak dapat di buka. masalah ini telah sekian lama berlaku. saya juga cuba buka melalui ejen pencarian lain selain google tp hasilnya ttp lah sama. mohon penjelasan. | Aduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. | Lain-lain | 11.03.2017 |
Siva Ramana 20 Disember 2015 SUN 10:28PM Siva Nama saya Siva Ramana. Walaupun saya bukan berbangsa melayu saya fasih berbahasa dan suka menonton drama melayu tak kira mana mana siaran. Sejak kebelakangan ini, banyak drama drama Sudah mula mencampuradukan penggunaan bahasa inggeris(BI) terlampau. Saya berusia 35 tahun saya menonton drama sejak kecil Lagi Dari cerita Opah zaman 80an hingga kini. Maka, saya tahu layar cerita dan cara penggunaan BM dulu dan kini. Saya memang tidak nafikan, untuk tujuan Pasaran dan gaya masa kini penggunaan BI dan BM Dalam tutur kata harian. Tetapi bila lihat drama kini penggunaan BI terlalu banyak Dalam satu seisi perbualan. Kalau Ada masa, Cuba tonton TV dan nilai sendiri. Tak salah kalau saya kata, tujuan saya menonton drama melayu untuk menghayati drama melayu, bukan untuk dengar BI.. Saya tidak Tahu sejauhmana balasan saya ini di ambilkira. Walaupun tak diambilkira saya masih tak Rugi yang sayangnya mingkin satu hari nanti kita lihat drama BM Dalam versi BI sepenuhnya kononnya itu lah trend pada masa itu." Sediakan payung sebelum hujan" " setitik nila rosak susu sebelangga". Buat lah sesuatu sebelum terlambat Terima kasih Daripada Insan bukan melayu yang Berjiwa melayu. | Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman, unit pemantauan di DBP juga telah membuat pemantauan tentang penggunaan bahasa dalam media elektronik dan dapatan dari pemantauan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Media Elektronik. Walau bagaimanapun kami juga sedar kecelaruan penggunaan bahasa dalam media elektronik ini masih belum diatasi dan kami amat mengharapkan sokongan semua pihak terutamanya pengamal media dan orang awam untuk kita bersama-sama memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam media elektronik dan bidang-bidang lain juga. Kami amat memuji sikap dan jati diri tuan dalam hal ini, semoga bahasa kebangsaan kita terus dimartabatkan di negara kita. | Lain-lain | 20.12.2015 |
Salam. Pada abad ke-21 ni kita melihat banyak cabaran yg dihadapi dalam usaha untuk memartabatkan dasar dan polisi bahasa di negara kita. Dalam konteks pembangunan perisisan teknologi maklumat, apakah langkah-langkah yg diambil DBP untuk mengekalkan polisi bahasa yang tersedia ada agar seiring dengan pembangunan teknologi maklumat? | Assalamualaikum Untuk makluman, kemajuan teknologi maklumat tidak akan memperkasakan bahasa Melayu tetapi dengan mengetahui kelebihan teknologi maklumat seperti mampu menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas, tanpa halangan masa dan sempadan benua maka bahasa melayu boleh diperkasakan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat. Ini bermakna kita boleh memperkasakan bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maklumat. Caranya, pertama kita perlu memahami bagaimana kita boleh menerbitkan bahan-bahan berbahasa melayu dengan pantas menggunakan teknologi. Kedua, kita perlu memahami kelebihan penyebaran maklumat menggunakan teknologi berbanding dengan menggunakan kaedah tradisional dan ketiga fikirkan pula bagaimana menggunakan teknologi ini boleh memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu. Contohnya, untuk memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu kita haruslah memperbanyakkan penerbitan bahan-bahan berbahasa melayu di berbagai-bagai bidang dan berbagai-bagai peringkat pengguna. Ini lah yang sedang diusahakan dengan giat oleh DBP. Dengan menggunakan teknologi kita boleh mempercepatkan proses penulisan, penyuntingan dan juga penerbitan. Seterusnya dengan menggunakan teknologi kita boleh menyebarluaskan bahan tersebut tanpa sempadan dunia dengan pantas dan bahan tersebut juga boleh dicapai diseluruh dunia tanpa mengira waktu (pagi atau petang , siang atau malam). Malahan di negara sedang berperang pun kita boleh menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan menggunakan teknologi. Bayangkan jika kita cuba menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan kaedah tradisional di negara yang sedang berperang! Begitulah hebatnya teknologi. | Lain-lain | 03.11.2010 |