Apakah maksuk perkataan mumbang. Ini dari peribahasa cuba-cuba menanam mumbang. | Mumbang ialah putik kelapa (yang masih kecil). | Makna | 05.05.2008 |
Apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah Inggeris try and error? | Istilah yang lebih tepat dalam bahasa Inggeris ialah trial and error. Padanan bahasa Melayu bagi istilah trial and error ialah cuba-cuba. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 21.06.2025 |
Merujuk jawapan bagi soalan 46 yang telah saya tanya.Tuan mengatakan bahawa `cuba` ialah kata bantu. ` cuba` ialah kata bantu ragam atau kata bantu aspek? Bolehkah kata bantu `cuba ` boleh menerima imbuhan lalu menjadi `mencuba ` ? Terima kasih. | Cuba tergolong dalam golongan kata kerja, oleh sebab itu cuba boleh menerima awalan meN- (mencuba) dan dalam hal ini cuba bukanlah kata bantu. Untuk lebih memahami kata bantu termasuklah bentuk dan jenisnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 471. | Tatabahasa | 06.05.2009 |
Tuan, apakah perbezaan makna antara kata "cuba" dengan kata "mencuba" dalam ayat-ayat sebelah ini? Kata "cuba" atau "mencuba" yang harus digunakan? Ayat: 1. Adila ingin cuba memulihkan jiwa Bujei. 2. Adila ingin mencuba memulihkan jiwa Bujei. 3. Saya akan cuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. 4. Saya akan mencuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. | Ayat yang betul ialah: 1. Adila ingin mencuba memulihkan jiwa Bujei. 2. Saya akan mencuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. Sila rujuk kamus untuk melihat perbezaan makna antara kata cuba dan mencuba.
| Tatabahasa | 16.01.2015 |
Cuba tanya, bagi perkataan “Saya”, “Selasa” dan sebagainya, bagaimanakah kita menyebut vokal “a” pada akhir perkataan tersebut? Terima kasih. | Sebutan baku bagi perkataan "saya" dan "Selasa" dibunyikan "a". Untuk penerangan lanjut, puan boleh rujuk pautan yang disertakan. http://klikweb.dbp.my/?p=4456 | Lain-lain | 31.01.2021 |
cuba mencari istilah PRINTSCREEN dalam prpm tapi gagal. mohon nasihat |
| Istilah | 09.01.2018 |
uji cuba/ujicuba | uji cuba | Ejaan | 13.05.2013 |
Pengunaan ayat yang manakah lebih baik? *Cuba bilang bersama-sama saya. atau *Cuba bilang bersama-sama dengan saya. atau *Cuba bilang bersama-sama. | Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Cuba bilang bersama-sama saya". | Tatabahasa | 11.01.2017 |
Tuan, "cuba kata" ialah frasa atau kata majmuk? Adakah "cuba kata" ialah frasa atau kata majmuk (saya tak pasti) yang bertugas sebagai kata hubung (atau frasa hubung?) keterangan syarat? Kata hubung keterangan syarat seperti "jika", "jikalau", "andai kata", "seandainya". Jadi, adakah "cuba kata" ialah kata atau frasa hubung keterangan syarat? | Tidak ada maklumat dan contoh penggunaan "cuba kata" dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan kata majmuk dibina dengan rumus yang tertentu, tidaklah dengan hanya menggabungkan mana-mana dua perkataan untuk menghasilkan kata majmuk. | Tatabahasa | 17.01.2015 |
Apakah status "cuba" dan "terus" dalam contoh ayat dibawah? 1. Ibu cuba menolak pintu itu dengan sekuat hati. 2. Adik terus berlari mendapatkan ayah yang pulang dari Bali. Adakah ia adalah kata adverba?Sekiranya adverba, adakah ia tergolong Kata Adverba Jati? Terima kasih. | Kata cuba dan terus dalam kedua-dua ayat tersebut merupakan kata adverba jati yang menerangkan kata kerja dan frasa kerja. | Tatabahasa | 07.04.2008 |