Tuan, "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" sinonim dengan perkaitan dengan apa? Adakah berkaitan dengan kekeluargaan atau perpaduan negara? | "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" bermaksud kesusahan yang menimpa kaum keluarga kita, maka kita pun akan merasai kesusahan itu. Peribahasa ini berkaitan kekeluargaan yang amat menitikberatkan nilai kasih sayang dalam keluarga. | Sastera | 23.01.2024 |
frasa mana yang betul? 1) kedinginan air terasa mencubit kulit. 2) kedinginan air terasa kulit dicubit-cubit. | Frasa yang betul ialah "Kedinginan air terasa seperti kulit dicubit-cubit." Kata sendi nama "seperti" digunakan untuk menyatakan maksud perbandingan. | Tatabahasa | 07.12.2020 |
Puan Faridah memasukkan dua______garam ke dalam masakannya. A. Cubit B. Jemput Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan di atas? Bolehkah terima kedua-dua pilihan ini? | Sejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput garam lebih banyak kuantitinya daripada secubit garam. | Makna | 26.08.2014 |
1. Minah memasukkan se_________ kuih talam ke dalam mulutnya untuk mencuba rasa. Jawapan : (potong atau cubit) 2. memotong bawang secara kecil-kecil, apakah kata kerja yang paling sesuai ? (menghiris atau mencincang atau memotong) | Jawapan soalan 1 ialah secubit manakala soalan 2 ialah menghiris. | Tatabahasa | 23.10.2015 |
Tuan, Sila beritahu sama ada perkataan dalam kurungan adalah betul atau salah.Jika salah,bolehkah tuan betulkan?Terima kasih atas tunjuk.ajar tuan. 1.Ibu mengutip beberapa (cubit) kulat sisir. 2.Kita boleh membeli barangan (jati) di pasar raya itu. 3.(Akal) yang sihat melahirkan idea yang bernas. 4.Bau tempat penyembelihan lembu sangat (hanyir.) 5.Dia mendapat (kecederaan) pada lengannya akibat terjatuh tangga. 6.Pemain yang mengalami kecederaan itu (ditunda) keluar dari padang. 7.Kereta ayah yang rosak telah (ditunda) ke bengkel. 8.Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan (digantung ) 9.Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih (teguh) 10.Ibu bapa harus memegang tanga anak mereka dengan (teguh) semasa menaiki eskalator. Adakah ayat berikut betul? 11.Sila mendapat maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1.Ibu mengutip beberapa kulat sisir. 2.Kita boleh membeli barangan asli di pasar raya itu. 3. Akal yang sihat melahirkan idea yang bernas. 4. Bau tempat penyembelihan lembu sangat hanyir. 5. Dia mendapat kecederaan pada lengannya akibat terjatuh tangga. 6. Pemain yang mengalami kecederaan itu diusung keluar dari padang. 7. Kereta ayah yang rosak telah ditunda ke bengkel. 8. Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digantung tugas. 9. Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih kuat. 10. Ibu bapa harus memegang tangan anak mereka dengan kemas semasa menaiki eskalator. 11. Sila dapatkan maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali. | Tatabahasa | 14.11.2017 |
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih. | Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah. Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat. Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan. Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. (Maksud lapis pertama jelas. Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan. Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat. Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalah jadi abu, menang jadi arang. | Sastera | 16.02.2011 |