Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ci] | چوچي

Definisi : ; ~ calat bersih sebersihnya; ~ darah a) membersihkan darah dgn memakan ubat; b) proses membersihkan darah dgn meng­gunakan sj mesin (darah yg beredar ditapis melalui membran separa telap dlm mesin tersebut utk membuang keluaran buangan), hemodialisis; ~ mata a) membersihkan mata dgn air dll; b) melihat-lihat perempuan dll utk menyeronokkan hati; ~ muka a) mem­basuh muka; b) Id tempat air utk membasuh muka; ~ perut a) julap, urus-urus, pencahar; b) membersihkan perut dgn julap dll; ~ tangan a) membersihkan tangan; b) Id tempat air basuh tangan; c) tidak mahu terlibat dlm hal orang; bercuci ki bersunat, berkhatan; mencuci 1. membersihkan dgn air, mem­basuh: ~ pinggan mangkuk; ~ kain; 2. membersihkan (mengesat atau menyapu dgn penyapu bulu ayam, dll): setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon; ~ filem menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; ~ mata cuci mata; mencucikan 1. mencuci sesuatu utk orang lain; 2. memberikan (menghantar) sesuatu supaya dicuci: saya pergi ~ baju tadi; 3. ki menyunatkan, mengkhatankan; cucian 1. barang-barang yang dicuci (spt kain, baju, dll); 2. cara mencuci, hasil mencuci: ~nya tidak bersih; pencucian 1. perihal (perbuatan) mencuci; 2. tempat mencuci; pencuci 1. orang yg mencuci, tukang cuci; 2. alat (benda dll) yg digunakan utk mencuci; ~ mulut benda manis (spt buah-buahan dsb) yg dimakan selepas makan nasi dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ci] | چوچي

Definisi : bp mencuci. ~ darah a. ubat utk membersihkan darah. b. membersihkan darah dgn ubat. ~ mata a. membersih­kan mata dgn air dll. b. bersenang-senang dgn melihat sesuatu yg indah. ~ muka a. membasuh muka. b. tempat membasuh muka. ~ perut ubat utk membersihkan perut. ~ tangan a. membasuh tangan. b. mangkuk tempat membasuh tangan. c. tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mahu terlibat dlm sesuatu perkara atau hal orang lain. mencuci 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. 2 membersihkan sesuatu (dgn penyapu dll). ~ filem mengerjakan supaya sesuatu filem menjadi negatif atau positif. ~ gambar membuat gambar drpd filem yg sudah dicuci. mencucikan 1 mencuci utk orang lain. 2 ki memotong kulup; mengkhatankan; menyunatkan. cucian 1 apa-apa yg dicuci. 2 cara mencuci. pencucian 1 perbuatan atau hal mencuci. 2 tempat mencuci. pencuci 1 orang yg kerjanya mencuci; tukang cuci. 2 sesuatu yg digunakan utk mencuci: serbuk ~ kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuci

Puisi
 

Dayang menyuci kain putih,
     Setengah cuci sabun pun hilang;
Tuan berbudi saya pun kasih,
     Setengah kasih direbut orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkhidmatan cuci kereta atau perkhidmatan mencuci kereta?Yang betul ialah khidmat cuci kereta atau perkhidmatan mencuci kereta dan bentuk yang ringkas biasanya digunakan dalam iklan.Istilah11.06.2008
Penggunaan "cuci" dan "basuh" Adakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam ayat ini. Saya membasuh rambut 2 hari sekali. Saya mencuci rambut dua kali sehari. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Oleh itu, kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. 1. Saya membasuh rambut dua hari sekali. 2. Saya mencuci rambut dua kali sehari.Makna21.07.2013
penggunaan bahasa yang betul bg ayat @ perbuatan berikut: i) "cuci gambar" @ "basuh gambar" di kedai gambar?

Saudara Nur Amalina,

Frasa yang lazim digunakan ialah cuci gambar atau memproses gambar 

Tatabahasa24.03.2010
Salam, saya sedang mengedit jawapan untuk karangan autobiografi 'Aku sebuah tandas awam'. Saya ingin bertanya, penggunaan penyambungan 'ku' di belakang perkataan yang macam mana yang dikatakan betul dan sesuai? 1. membelek-belek tubuhku @ membelek-belek tubuh aku 2. tukang cuci itu mencuciku @ tukang cuci itu mencuci aku 3. badanku diperbuat daripada batu @ badan aku diperbuat daripada batu dan seumpamanya.. Sekian, terima kasih.
Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi ayat yang dinyatakan, kesemuannya tepat penggunaan sama ada aku mahupun ku.
Tatabahasa27.12.2012
1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. Ayat 1 @ Ayat 2 betul? 3. Kasut itu saya cuci. 4. Kasut itu dicuci oleh saya. Ayat 3 @ Ayat 4 betul? 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. Ayat 5 @ Ayat 6 betul? TQ.....1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. - Kedua-dua ayat ini betul. 
3. Kasut itu saya cuci. - betul 4. Kasut itu dicuci oleh saya. - salah  
5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. - kedua-dua ayat ini betul.
Tatabahasa06.03.2012
Pertanyaan mengenai ejaan di papan iklan tersebutFrasa yang betul ialah KEDAI CUCI KERETA. Sila terjemahkan perkataan wash, polish dan wax kepada Mencuci, Mengilatkan dan Melilin. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa)Lain-lain08.03.2012
pastikan ejaan di papan tandaSila pinda keterangan aktiviti kepada KEDAI CUCI KERETA. Saudara dikehendaki mendapatkan pengesahan bahasa pada iklan melalui http://prpm.dbp.gov.my dan klik e-perkhidmatan dan kemudian mengklik Khidmat Pengesahan Bahasa DBPLain-lain13.03.2012
As salam. Saya hendak bertanya mengenai penggunaan perkataan membasuh dan mencuci. Jika kita hendak membina ayat "emak sedang mencuci/membasuh pakaian... Ayah sedang membasuh/mencuci kereta... adik membasuh/mencuci tangan selepas makan.. Yang mana satu lebih tepat? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa30.09.2013
Tuan, Saya nak bertanya mengenai istilah Bahasa Inggeris untuk ditukar kepada Bahasa Malaysia yang tepat 1. Catalytic Converter- 2. Advanced detergent & dispersant properties- 3. Drain interval- Sekian, Terima kasih

1. catalytic converter - pengubah bermangkin/penukar bermangkin

2. advanced detergent &  dispersant properties - ciri-ciri bahan cuci dan bahan serak yang terkini

3. Drain interval - saliran pertengahan

Istilah30.06.2009
Tuan, saya ingin kepastian apakah ejaan yang betul bagi perkataan MENUNJUKKAN dan bagaimanakah imbuhan meN-kan patut digunakan dengan ejaan yang betul. Tunjuk ajar tuan amat dihargai,sekian terima kasih.Perkataan menunjukkan terbentuk daripada apitan meN-...-kan + kata dasar tunjuk. Apabila apitan meN-...-kan bergabung dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf T seperti tunjuk, sorok dan buruk maka kata yang terbentuk mengandungi ialah menunjukkan, menyorokkan dan memburukkan. Dan jika apitan meN-...-kan bergabung dengan kata dasar lain seperti warna, sakit dan cuci maka kata yang terbentuk ialah mewarnakan, menyakitkan dan mencucikan.Tatabahasa11.07.2012

Kembali ke atas