| Salam sejahtera, Adakah "washstand" boleh diterjemahkan kepada "sink cuci tangan" atau dikekalkan seadanya? Jika tidak, mohon pendapat dan bantuan pihak DBP untuk memberikan terjemahan yang sesuai. Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Washstand Terima kasih. | Salam Sejahtera. Padanan bahasa Melayu untuk washstand ialah dirian sinki. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 10.12.2017 |
| Salam. Adakah ayat di bawah ini betul? Kerap cuci tangan dengan sabun atau Hand Sanitizer. | Ayat yang betul ialah "Kerap mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan." | Tatabahasa | 15.01.2022 |
| Salam Sejahtera Apakah pengertian terbaik bagi perkataan berikut dalam bahasa Melayu : 1- Secured Area, authorized personnel only 2- Clean Your Hands before entering and leaving ICU Kenyataan diatas akan digunakan sebagai papan tanda, du unit rawatan rapi hospital (ICU), terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi 1. Secured area authorized personel only ialah Kawasan Larangan, hanya pihak bertanggungjawab dibenarkan masuk. 2. Clean your hands before entering and leaving ICU ialah Cuci tangan anda sebelum masuk dan keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) | Penyemakan dan penterjemahan | 19.06.2019 |
| As salam. Saya hendak bertanya mengenai penggunaan perkataan membasuh dan mencuci. Jika kita hendak membina ayat "emak sedang mencuci/membasuh pakaian... Ayah sedang membasuh/mencuci kereta... adik membasuh/mencuci tangan selepas makan.. Yang mana satu lebih tepat? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 30.09.2013 |