Permohonan pengesahan saya dengan tajuk "KEDAI DOBI TOBBY DOBBY" dengan teks dalam iklan "CUCIAN LAYAN DIRI 24 JAM" adalah tidak lulus tanpa memberi sebarang sebab dan cadangan. Bagaimana boleh saya membuat pembetulan sekiranya tiada sebab penolakan dan cadangan untuk pembetulan diberikan oleh pihak kamu? | Permohonan tuan telah diluluskan, sila kembali kepada domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 08.10.2015 |
"Saya pergi ke kedai dobi untuk _______ baju tadi," kata Mia kepada Rina. A cucian B pencuci C mencuci D mencucikan. Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di atas - C atau D? Jawapan yang diberi adalah C mencuci. Boleh tolong jelaskan mengapa jawapannya bukan D mencucikan. Apakah perbezaan dan bolehkah diberikan satu contoh ayat seperti di atas yang boleh menggunakan istilah mencucikan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewab Edisi Keempat maksud mencucikan: mencucikan | 1 mencuci utk orang lain. | manakala maksud mencuci: mencuci | 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. | Contoh ayat untuk perkataan mencucikan: Amin mencucikan baju abangnya yang sudah seminggu tidak dibasuh. | Lain-lain | 11.07.2014 |
"Saya pergi ke kedai dobi untuk _______ baju tadi," kata Mia kepada Rina. A cucian B pencuci C mencuci D mencucikan. Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di atas - C atau D? | Jawapan yang tepat ialah c. mencuci. | Tatabahasa | 08.07.2014 |
Adakah bahasa Melayu baku mempunyai nama untuk alat pencuci tangan serupa teko dan sering berganding dengan balang berpenutup berlubang yang menadah air cucian? Sering jumpa di kenduri-kenduri Melayu tetapi saya tidak tahu namanya. | Nama yang boleh digunakan ialah cerek basuh tangan, teko basuh tangan atau kendi basuh tangan. | Lain-lain | 16.01.2019 |
Pertanyaan tentang penggunaan ayat bagi tujuan promosi : PROMOSI PEMBUKAAN POTONGAN 50% MESIN 'DRY CLEAN' KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH NAN SUCI. | Untuk tujuan pengiklanan kami cadangkan: PROMOSI PEMBUKAAN, POTONGAN 50% CUCIAN KERING DENGAN MESIN KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH DAN SUCI | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Encik Kumar telah menempah tiket kapal terbang ke England untuk mengurus perniagaannya. Perkataan 'mengurus' itu betul atau tidak?? atau perlu menggunakan perkataan 'menguruskan'.. | Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama iaitu; mengurus =1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; | Tatabahasa | 17.10.2012 |