Salam sejahtera. Kegunaan "bukan"dan "tidak". Mana satu betul? Pak Ahmad bukan mampu membayar yuran sekolah cucunya. Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya. Terima kasih. | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. Ayat yang betul ialah "Pak Ahmad tidak mampu membayar yuran sekolah cucunya. | Tatabahasa | 18.04.2013 |
tolong semak ayat ini. betul ke tidak. boleh diterima atau tidak. 1) Nenek Ali rajin berkemas rumah. 2) Nenek rajin berkemas rumah. 1) Nenek Ali menyayangi cucunya. 2) Nenek Ali menyanyanyi cucu. 3) Nenek sangat menyayangi cucu. 4) Nenek sangat menyayangi cucunya. 1) Nenek saya memasak bubur untuk untuk saya. | Ayat Nenek Ali rajin berkemas rumah, Nenek rajin berkemas rumah, Nenek Ali menyayangi cucunya dan Nenek sangat menyayangi cucunya adalah ayat gramatis. | Tatabahasa | 24.05.2012 |
Adakah istilah 'gugur' dalam ayat berikut betul? Gugurlah haknya sebagai pemegang amanah apabila cucunya telah dewasa. | Ayat yang betul ialah Pemegang amanah akan gugur hak apabila cucunya telah dewasa | Tatabahasa | 22.03.2021 |
Pilih ayat yang betul A. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna- warni. B Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Kedua-dua ayat tersebut betul. 1. Mak Senah mempercantik sarung bantal cucunya dengan kain yang berwarna-warni. 2. Pameran barangan antik itu akan berlangsung selama beberapa hari. | Tatabahasa | 04.06.2018 |
Seorang nenek menceritakan cerita yang menarik kepada cucunya. Adakah ayat ini betul? | Ayat di atas betul. | Tatabahasa | 22.07.2014 |
Jawapan yang manakah betul ? 2 I Sambal nasi lemaknya itu panas kerana terlebih cili. II Cuaca sepanjang bulan April diramalkan panas. III Mak Limah panas dengan kerenah anak cucunya yang ramai itu. IV Berita panas itu menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan luar Negara. A I dan II B I dan III C II dan III D I I dan IV | Sdr. jawapan yang betul ialah D- ii dan iv. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
1. Adakah perkataan besan boleh digunakan untuk merujuk kepada ibu bapa pengantin lelaki atau perempuan daripada perspektif seorang datuk/nenek? contohnya dalam situasi di mana seorang datuk memperkenalkan ibu bapa kepada isteri cucunya. 2. Apakah istilah terjemahan bagi granddaughter/grandson-in-law? Menantu cucu? | Maksud besan ialah hubungan yang terjalin antara ibu bapa mentua dengan ibu bapa sendiri. Terjemahan perkataan granddaughter-in-law ialah isteri cucu lelaki manakala terjemahan perkataan grandson-in-law ialah suami cucu perempuan. | Makna | 25.12.2018 |
Tuan-tuan , bolehkah beritahu saya antara perbezaan / kegunaan perkataan mengacau dengan mengacaukan? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “mengacau” merupakan kata kerja tak transitif yang bermaksud mengganggu atau menimbulkan keadaan tidak tenteram atau tidak aman dan mengaduk sesuatu supaya bercampur. Contoh ayat: Sekejap lagi, cucunya akan bangun dan mengacau di dapur. Perkataan “mengacaukan” pula merupakan kata kerja transitif yang bermaksud mengacau sesuatu untuk seseorang dan menjadikan sesuatu hal bercampur dengan sesuatu hal yang lain. Contoh ayat: Saya terpaksa mengacaukan adik-adik saya bubur sebelum ke sekolah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana muka surat 931–932 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 88-89. | Tatabahasa | 27.03.2024 |
Apakah makna atau erti istilah SAYANG dan CINTA dan apakah beza antara kedua-dua perkataan ini. | Encik Kamal, Perkataan sayang bermaksud 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; mencintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~. Perkataan cinta bermaksud 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharapharapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku. Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa kedua-dua perkataan ini bersinonim. | Kamus Dewan Edisi Empat | | |
| Makna | 13.06.2010 |
1.Yang manakah betul-mengajar kami mata pelajaran Sejarah ATAU mengajari kami mata pelajaran Sejarah. 2. Sila berikan satu contoh yang dapat membezakan 'merindui' dengan 'meridukan' 3. Ayat Aktif-Salim menulis karangan ini dengan baik Ayat Pasif-Karangan ini ditulis oleh Salim dengan baik -Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim (Yang manakah betul ayat pasif di atas) | Ayat yang betul ialah, 1. Mengajari kami mata pelajaran Sejarah - mengajari bermaksud mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya), melatih (seseorang): contoh, guru yang mengajari murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah. 2. Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu dan sebagainya, yang sentiasa berada dalam ingatan, kenangan dan sebagainya: contohnya, orang tua itu merindui anak cucunya, manakala merindukan bermaksud membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: contohnya, nyanyian yang merawankan dan merindukan hati. 3. Karangan ini ditulis oleh Salim dengan baik dan Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim, kedua-dua ayat ini boleh menjadi ayat pasif. | Tatabahasa | 11.03.2010 |