mohon untuk semak penggunaan bahasa. | 1. Rapatkan tanda palang ( /) dengan perkataan "CUKAI" SUDAHKAH ANDA MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN/CUKAI PINTU? 2. Sila betulkan seperti yang berikut: Pembayaran Awal CUKAI TAKSIRAN Mengelakkan Anda daripada Tindakan yang Berikut: - DIDENDA - HARTA DISITA - HARTA DILELONG
| Tatabahasa | 12.09.2012 |
perlukan dieja perkataan berikut dengan huruf besar 1) Kerajaan 2)Kerajaan Negeri 3) Bajet 2010 4) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adakah diterima pakai perkataan "konsumpsi" apakah yang dimaksudkan dengan perkataan diremitkan | Untuk penggunaan secara umum, perkataan kerajaan, kerajaan negeri, cukai barangan dan perkhidmatan ditulis dengan huruf kecil, namun jika merujuk konteks khusus dan sebagai nama khas, perlu ditulis dengan huruf besar. Contohnya Kerajan Malaysia, Kerajaan Negeri Perak dll. Istilah bajet, konsumpsi dan diremitkan (remit) tidak diterima pakai dalam bahasa Melayu. Yang betul bagi padanan perkataan-perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah belanjawan, penggunaan dan mengirimkan/meringankan/bidang kuasa. | Istilah | 05.05.2010 |
Apakah maksud ayat 'membangunkan masyarakat progresif'? Terima kasih. | Progresif membawa maksud : (progrésif) 1. menuju ke arah perbaikan atau kemajuan, maju: dasar yg ~; 2. semakin meningkat kadar cukai apabila jumlah pendapatan yg boleh dicukai bertambah: cukai ~; 3. bertahap-tahap, berperingkat-peringkat: pelaksanaannya dlm bidang pentadbiran dan pendidikan sedang dijalankan secara ~. Maknanya, menuju masyarakat progresif membawa menuju masyarakat yang lebih baik dan maju. | Makna | 29.10.2014 |
1. Yang mana satu betul? Perlepasan atau pelepasan. 2. Kenapa perkataan keluar disambungkan sedangkan perkataan ke dalam dijauhkan. Terims kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Perlepasan bermaksud perihal berlepas dan digunakan untuk maksud terutamanya perlepasan kapal terbang, contoh ayat: Menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya bagi perlepasan dan pendaratan kapal terbang. Manakala pelepasan pula bermaksud perihal melepaskan: Contoh ayat: maka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya; Keluar dan ke luar ialah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luar. a) ke luar negeri b) ke luar negeri. Oleh itu, jika dibandingkan dengan kedua-dua makna perkataan keluar dan ke luar ini, maka ejaan ke dalam ialah sama erti/maksud penggunaannnya dan ejaannya dengan perkataan ke luar.
| Ejaan | 04.06.2018 |
mencari maksud dan difinisi untuk perkataan sewa,pajak, dan beli | Sewa:- 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai-menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh digunakan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk menggunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran; Pajak:- 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) 1 8 cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang; Beli:- = membeli 1. memperoleh barang dgn mem bayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); | Makna | 21.04.2009 |
selamat tengah hari.saya nak tanya maksud bagi; 1.dasar 2.fiskal 3.kaitan kedua-duanya terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dasar bermaksud bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll), manakala fiskal pula ialah 1. pegawai kehakiman (lebih rendah drpd jaksa); 2. bkn kewangan atau hasil pendapatan kerajaan (spt cukai dll). Walau bagaimanapun, padanan bagi perkataan dasar fiskal ialah dasar belanjawan, dasar kewangan. | Lain-lain | 16.03.2010 |
Assalam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan yang leih sesuai. 1) Pungutan ses getah pada masa ini dilakukan melalui dua 'cara' atau 'kaedah'. Perkataan yang sesuai adakah 'cara' atau 'kaedah'. 2) 'Dokumen Asal' atau 'dokumen asli' - ini merujuk kepada untuk mendapatkan 'original document' 3) Mengeluarkan 'Notis' atau 'Surat' Tuntut Penjelasan terhadap pengisytiharan yang tidak tepat. Perkataan yang sesuai adakah 'notis' atau 'surat'? 4) Penyelidikan dan Pembangunan - adakah dua perkataan ini mewakili satu maksud yang sama atau penyelidikan memberi maksud yang lain daripada pembangunan. Sebagai contoh cukai penyelidikan hanya kepada penyelidikan dan tidak melibatkan pembangunan. Adakah 'pembangunan' bermaksud semata-mata membangunkan bangunan atau 'pembangunan' juga merangkumi aspek di dalam penyelidikan. Mohon untuk mendapat maklumbalas daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | 1) Pungutan susu getah pada masa ini dilakukan melalui dua 'cara' atau 'kaedah'. Kedua-duanya boleh digunakan. 2) 'Dokumen Asal' atau 'dokumen asli' - ini merujuk kepada untuk mendapatkan 'original document'. 'Dokumen Asal' paling sesuai. 3) Mengeluarkan 'Notis' atau 'Surat' Tuntut Penjelasan terhadap pengisytiharan yang tidak tepat. Perkataan yang sesuai adakah 'notis' atau 'surat'. Kedua-duanya boleh digunakan. 4) Penyelidikan dan Pembangunan - adakah dua perkataan ini mewakili satu maksud yang sama atau penyelidikan memberi maksud yang lain daripada pembangunan. Merujuk kepada data kami definisi kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. Sebagai contoh kami akan menerajui bidang penyelidikan, pembangunan dan latihan untuk membangunkan tahap...
| Lain-lain | 24.04.2019 |
Hi DBP, Di Zurich, kami baru sahaja memperkenalkan terma baharu untuk ejen dan konsultan kami iaitu 'Wealth Planner'. Terdapat beberapa pilihan dalam BM yang kami kini sedang pertimbangkan: 1) Perancang Kekayaan 2) Perancang Harta 3) Perancang Harta Kekayaan Bolehkah DBP nasihati kami berkenaan ini. Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi wealth ialah kekayaan seperti yang digunakan dalam istilah cukai kekayaan, komposisi kekayaan dan pengagihan kekayaan. Oleh yang demikian, perancang kekayaan boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2018 |
Assalamualaikum, Sebahagian ayat berikut, saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Pertanyaan saya ialah, perkataan kena dalam setiap ayat tersebut tergolong dalam golongan kata apa? Sekian, terima kasih. 1. Lututnya luka kerana kena serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi. 2. Tikamannya itu kena pada bahu lawannya. 3. Dilemparkannya sebiji batu kena kepala anjing itu. 4. Semua jenis minuman keras kena cukai baharu. 5. Budak itu kena pukul oleh kumpulan pelajar nakal di sekolahnya. 6. Kalau kena harganya saya jual juga rumah ini | Ayat 1 hingga 4 ialah kata kerja, namun bukanlah dalam binaan yang gramatis kerana tidak diletakkan imbuhan seperti terkena serpihan kaca dan dikenakan cukai. Ayat 5, perkataan kena ialah kata kerja pasif. Ayat 6 lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis "kalau berpatutan harganya ...". | Tatabahasa | 15.03.2017 |
Adakah perkataan ' kongsi' di iktiraf olih DBP? Perkataan ini dipakai dengan luas. | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah kata ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membuat rujukan. Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Definisi Kongsi: 1. persekutuan (pergabungan) yg mengandungi dua orang atau lebih yg bekerjasama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm sesuatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, bersepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg dijalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg berkongsi. Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Tatabahasa | 09.05.2018 |