Yang Dihormati, Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya di dalam emel yang di hantar sebelum ini. Pembetulan yang ingin saya kemukakan telah digariskan dan diterangkan. di bawah. Kami di Nuansa Films Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat penerbitan filem, drama dan sebagainya. Nuansa kini dalam penerbitan sebuah filem Bahasa Melayu dibintangi Remy Ishak, Maya Karin dan pelbagai artis tanah air. Filem ini adalah sebuah karya pengarah terkenal Osman Ali. Kami di Nuansa mempunyai dua pilihan untuk tajuk filem ini. Pilihan Pertama - Cun Melencun - Pembetulan - Cun Melecun Pilihan Kedua - Cun Me-lencun Kami ingin tahu daripada pihak Dewan dan Pustaka jika tajuk yang berkenaan: - tidak mempunya erti yang keterlaluan atau melampau - sifat-sifat buruk - erti sebenar di sebalik perkataan Kerjasama pihak Dewan dan Pustaka amat dihargai. Yang benar, Pravind Subramaniam Nuansa Films Sdn. Bhd. | Untuk makluman saudara, "cun" iaitu bahasa percakapan atau slanga yang mengandungi konotasi padan atau anggun. Oleh itu, perkataan tersebut tidak sesuai untuk digunakan dalam situasi rasmi atau sebagai bahan paparan di tempat awam. Ungkapan yang pertama atau kedua tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tajuk filem kerana filem sebagai wahana pendidikan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul. | Tatabahasa | 16.12.2009 |
apakah definisi slanga? apakah contoh-contoh slanga | Saudara, Perkataan slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan dlm percakapan tidak rasmi). Contohnya, cun,awek. | Makna | 29.08.2009 |
salam, saya ingin bertanya apa kah maksud MEGACUN yang diperkenalkan oleh syarikat telekomunikasi (Celcom) bagi mempromosikan syarikat mereka. | Perkataan 'mega' merupakan awalan asing 1. sangat besar, cthnya megalit; 2. sejuta, cthnya megawatt dan megavolt. sementara perkataan 'cun' bahasa percakapan 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. Dalam penggunaan yang betul, kita menggunakan 'jualan mega' yang merujuk jualan besar-besaran. | Makna | 04.01.2011 |