Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda (spt bilah, lidi, dll) yg digunakan utk mengeluarkan sesuatu dr lubang; ~ gigi bilah utk menge­luarkan sisa makanan dll dr gigi, korek gigi; bercungkil 1. telah dikeluarkan dr lubang dgn penyungkil dll; 2. sudah dimasukkan benih cacar dlm tubuh (utk mencegah penyakit cacar), bercacar, bertanam cacar: orang yg tidak ~ mudah sekali dijangkiti penyakit ketumbuhan; mencungkil 1. mengeluarkan (melepaskan dll) sesuatu dgn pencungkil, mengorek keluar dgn pencungkil; ~ gigi mengeluarkan sisa makanan dll yg terselit di gigi; ~ kelapa mengeluarkan isi kelapa dr tempurungnya; ~ mata mengeluarkan biji mata; 2. menanam cacar, mencacar; 3. ki memeriksa dgn teliti, membongkar rahsia (kesalahan dll), menge­luarkan sesuatu yg terpendam (tidak diketahui umum dll); ~ rahsia; Hasan mencipta watak-watak asli yg dicungkil drpd keperibadian dan sifat-sifat orang Melayu kampung; ada banyak resepi Melayu tradisional yg masih belum dicungkil oleh majalah ini; bakat-bakat baru berjaya dicungkil; cungkilan; nyiur ~ a) nyiur yg sudah boleh dicungkil (sudah keras isinya); b) yg sudah dicungkil; pencungkilan 1. perihal atau perbuatan me­ngeluarkan sesuatu dgn pencungkil; 2. perihal atau perbuatan menanam cacar, pencacaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cungkil I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah cungkil bakat dan peluang keemasan ialah simpulan bahasa?Waalaikumussalam,
Peluang keemasan merupakan simpulan bahasa yang bermaksud peluang yang paling baik manakala cungkil bakat merupakan istilah umum yang bermaksud usaha untuk mencari bakat baru seperti menjadi pelakon atau penyanyi.
Sastera20.06.2019
apa perbezaan makna perkataan: 1) catit, catat 2) cencang, cincang 3) adalah, ialah1.catit sama makna dengan catat yang membawa maksud menulis atau merakamkan sesuatu. 2.cincang = sejenis tumbuhan, cungkil 3.cencang = tetak kecil-kecil atau halus dengan parang. 4.kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama manakala adalah hadir di hadapan frasa adjektif.Tatabahasa31.07.2007
apakah perbezaan makna perkataan cincang dan cencang?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cencang bermaksud tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Cincang juga mempunyai maksud yang sama dengan cencang, iaitu  tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Maksud cincang yang lain ialah 1. sj tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus.Makna03.04.2012

Kembali ke atas