butter cup gold- speedable | speedable - mudah tepu | Lain-lain | 26.03.2007 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.saya ingin mendapatkan kepastian akan istilah 'phagocytic cup'.Tiada terjemahan bagi istilah tersebut dalam kamus dbp namun bolehkah saya lakukan 'direct translation' bagi istilah tersebut iaitu cecawan fagositik?terima kasih. | Waalaikumussalam... Istilah 'phagocytic cup' masih belum ada dalam data kami. Namun jika merujuk kepada bidang perubatan dan biologi di data kami maksud phagocytic ialah fagositosis atau fagosit. Manakala cup pula boleh dipadankan dengan maksud cecawan. Maka cadangan yang sesuai bagi istilah 'phagocytic cup' ialah cecawan fagositosis atau cecawan fagosit | Makna | 14.08.2017 |
Padanan 'cup size' (untuk coli) dalam bahasa Melayu. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk cup size ialah saiz coli. | Istilah | 13.09.2018 |
Keistimewaanku, menyaksikan 2014 FIFA World Cup. Tiketku, memiliki Sony Xperia Z2. (Ayat daripada client: Tiketku, dengan memiliki Sony Xperia Z2). Kelebihanku, menimatinya hanya dengan Celcom First. | Keistimewaanku, ialah 2014 FIFA World Cup. Tiketku, ialah Sony Xperia Z2. (Ayat daripada client: Tiketku, dengan memiliki Sony Xperia Z2). Kelebihanku: Celcom First. | Tatabahasa | 21.05.2014 |
Why is there a whooshing sound when you place a cup over your ear? apakah perkataan whooshing dalam bahasa melayu | Tiada terjemahan bagi perkataan whooshing. Whoosing itu sendiri bermaksud tindak balas kita untuk menekankan suatu perkara atau tindakan spontan apabila kita berhadapan dgn sesuatu perkara. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.12.2017 |
Salam, bolehkah perkataan "bertrilion" digunakan untuk menterjemah ayat berikut, "A cup of water contain trillions of tiny water molecules."? Jika tidak, apakah padanan yang sesuai untuk perkataan "trillions" di dalam ayat tersebut. Terima kasih. | Untuk makluman padanan bahasa Melayu untuk "trillion" ialah ialah trilion. Dalam konteks ayat yang diberikan, tuan boleh menggunakan "bertrilion-trilion". | Istilah | 10.08.2012 |
Bagaimana hendak menulis Bibliografi untuk artikel yang dipeti daripada internet? Sebagai contoh: Ana Ghoib. (Jan 8, 2015). Fenomena suhu sejuk melampau akan berulang. Berita Terkini. Diambil daripada: malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ | Berikut diberikan format penulisan bibliografi untuk artikel daripada Internet: (a) Nama pengarang. (b) Tarikh data dalam tanda kurung. (c) Tajuk bahan. (d) Nama penerbit. (e) Alamat laman sesawang. (f) Tarikh melayari laman sesawang dalam tanda kurung. CONTOH: Taylor, Todd. (15 Mei 2002). “The Elements of Citation: Basic CGOS Style”. Columbia University Press. cup/cgos/idx_basic.html">http://www.columbia.edu/cu/cup/cgos/idx_basic.html (23 Mei 2002). Ana Ghoib. (8 Januari 2015). “Fenomena Suhu Sejuk Melampau akan Berulang”. Berita Terkini. http malaysiareview.com/97047/fenomena-suhu-sejuk-melampau-akan-berulang/ ( ? ) | Lain-lain | 08.07.2015 |