| Apakah padanan bagi "lobe-finned fish" dan "ray-finned fish" dlm bahasa Melayu? Ikan sirip cuping dan ikan sirip ruji? | Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies ikan belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan untuk mengemukakan pertanyaan berkaitan spesies ikan kepada agensi yang berkaitan. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.08.2025 |
| Salam, saya ingin bertanya. Padanan untuk headphone ialah fonkepala. Earphone ialah fon telinga. Kenapa fonkepala dieja rapat manakala fon telinga dijarakkan? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 603) fon kepala dan fon telinga dieja dua perkataan dan takrifannya adalah seperti yang berikut: fon kepala sepasang alat pendengar berupa cekak yg dipakai di kepala dgn bahagian pembesar suara dilekapkan pd kedua-dua belah telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb fon telinga a sepasang alat pendengar yg disumbatkan pd lubang telinga atau diselitkan pd cuping telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb b alat bantu dengar yg diselitkan pd cuping telinga utk membantu pendengaran | Lain-lain | 02.07.2021 |