Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati: orang-orang yg munafik senantiasa berhati ~; 2. tidak setia (khianat) kpd suami (isteri, tunangan dsb) dgn menjalin hubungan cinta dsb dgn orang lain; mencurangi 1. menipu, membohongi, meĀ­ngakali; 2. berlaku tidak setia kpd (suami, isteri dsb): dia ~ gadis itu; kecurangan keadaan curang, ketidakjujuran: ~ pegawai itu dapat diketahui oleh Jabatan Penyiasat Kecurangan; saya mempunyai bukti yg kukuh mengenai ~ suami saya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curang I

Peribahasa

Sayang buah kepayang,
     dimakan mabuk dibuang sayang.

Bermaksud :

Keadaan yang serba salah dalam menghadapi kekasih atau isteri yang curang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud berkongkalikong dan biala boleh digunakan dalam pembinaan ayat?. Terima kasih.

Puan Suhana terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut kamus Dewan kongkalikong bermakna - mengikut bahasa percakapannya ialah bp curang (tidak jujur atau berterang-terang); 2. sekongkol dlm melakukan sesuatu yg tidak baik; Kebiasaannya kita tidak menggunakannya dalam penulisan. Terima kasih.

Tatabahasa10.07.2009
assalamualaikum w.b.t saya ingin mengetahui kesalahan perkataan di bawah merujuk kepada kesalahan apa?? 1. pra-bayar 2. mee 3. disini 4. perabut 5. kashier 6. kelinik 7. pasaraya 8. batek 9. pelancungan 10. amalam 11. plan 12. warong 13. keaw teau 14. di larang 15. ajen 16. juru wang 17. murtabak 18. alatulis 19. goreng pisang 20. qualitiEjaan yang betul ialah:
1. prabayar
2. mi
3. di sini
4. perabot
5. Tidak ada perkataan "kashier" dalam bahasa Melayu
6. klinik
7. pasar raya
8. batik
9. pelancongan (lancung bermaksud i. tidak tulen, palsu ii. tidak jujur, tidak sebenarnya, curang)
10. amalan
11. pelan
12. warung
13. kuetiau
14. dilarang
15. ejen
16. juruwang
17. martabak
18. alat tulis
19. pisang goreng
20. kualiti
Ejaan30.03.2012

Kembali ke atas