Tuan, Antara berikut penggunaan kata manakah yang tepat? mencuri mendengar atau mencuri dengar. Contoh ayat: Ali mencuri mendengar perbualan kakak dan kawannya atau Ali mencuri dengar perbualan antara kakak dengan kawannya? | Perkataan yang betul ialah mencuri-curi yang bermaksud membuat sesuatu dengan tidak diketahui orang atau dengan diam-diam seperti mencuri-curi mendengar perbualan antara kakak dengan kawannya. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan? | 1. Segi tiga dan bilik mandi. 2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat. 3. Buah hati dan pukul curi. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
makna atau istilah yang betul berkaitan dengan perkataan "JENAYAH" | Merujuk Kamus Dewan, jenayah bermaksud perbuatan jahat (seperti mencuri, merompak, membunuh, dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang. | Makna | 15.06.2010 |
kes kecurian atau kes pencurian? apakah perbezaan antara kecurian dengan pencurian? sila beri cth, terima kasih. | Pencurian bermaksud perbuatan atau hal mencuri. Kecurian pula bermaksud kehilangan harta benda kerana kena curi. | Tatabahasa | 31.07.2013 |