Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl keris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curiga I

Peribahasa

Katak menggigit telunjuk,
     melihatkan ular sudah menjadi belut.

Bermaksud :

Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengurus kilang itu sentiasa curiga tentang/terhadap/pada kejujuran anak buahnya. Yang mana satukah jawapan yang betul dan apa beza penggunaan dalam ayat ini bagi setiap satunya? Terima kasih.Pengurus kilang itu sentiasa curiga tentang/terhadap kejujuran anak buahnya. Terhadap dan tentang, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa05.05.2014
Adakah " ... curiga terhadap kesungguhan pekerja ..." salah atau betul?

Ayat tersebut betul dari segi tatabahasa.

Tatabahasa28.08.2008
contoh penggunaan perkataan Zan(curiga),Zulmat. Sebab saya nk guna untuk PT3 Terima kasih

Kedua-dua perkataan merupakan kata Arab. Menurut <i style="mso-bidi-font-style: normal;">Kamus Dewan Perdanai>, perkataan “zan” bermaksud pendapat atau kesimpulan tentang seseorang atau sesuatu. Manakala “zulmat” pula bermaksud keadaan gelap kerana ribut dan lain-lain atau keadaan sesat tanpa hidayah (maksud kiasan). Walau bagaimanapun, tidak ada contoh penggunaan bagi kedua-dua perkataan tersebut dalam sumber rujukan kami.

Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan supaya dalam pengajaran, khususnya untuk peperiksaan, digunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang baik dan betul.
Makna21.02.2022
apakah maksud paranoid?

Paranoid bermaksud terlalu takut, curiga atau tidak percaya terhadap orang lain.

Makna04.02.2010
Salam sejahtera Munsyi Dewan. Terdapat beberapa banyak perkara yang berkontradik antara Kamus Dewan (KD) dan Tatabahasa Dewan (TD). Terdapat juga penjelasan yang kontradik antara Munsyi Dewan (MD) dengan TD. Antaranya termasuklah penggunaan kata sendi nama 'terhadap' dan 'tentang'. (i) TD vs KD: Dalam TD terdapat frasa 'mengambil berat terhadap kebajikan orang-orang kampung' seharusnya 'mengambil berat tentang kebajikan orang-orang kampung'. Dalam KD pula, terdapat frasa 'mengambil berat terhadap sesuatu (abstrak/mujarad), misalnya mengambil berat terhadap nasihat orang lain. (ii) MD vs TD Frasa 'curiga terhadap kesungguhan pekerja' adalah betul dari segi tatabahasa. Tetapi, menurut TD, frasa 'curiga terhadap kejujuran anak buahnya' seharusnya 'curiga tentang kejujuran anak buahnya' adalah betul, bukan 'curiga terhadap kejujuran anak buahnya. Kedua-dua penjelasan yang kontradik ini adalah antara contoh yang jelas menimbulkan kekeliruan antara pengguna bahasa seperti saya, sementelahan menjejaskan kredibiliti TD, KD, dan MD sebagai rujukan perdana pengguna-pengguna bahasa. Sebagai guru bahasa yang memperjuangkan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar utama, saya berasa agak kecewa dengan senario tersebut. Sekian.

Pihak kami mengambil maklum pandangan tuan dalam hal ini. Kami berpegang kepada tafsiran bahawa kata sendi nama “terhadap” digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil “terhadap”  anak buahnya. ii.  Tanamilah rasa belas kasihan “terhadap” binatang. Kata sendi nama “tentang” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang “tentang” masalah negara. ii. Kami perlu merujuk ketua kami dahulu “tentang” kelewatan bayaran.

Tatabahasa26.04.2014
1) Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Mohon penjelasan yang lebih lanjut terhadap jawapan yang diberi oleh pihak tuan. Pengurus kilang itu sentiasa curiga _________ kejujuran anak buahnya. A. tentang B. terhadap

Terhadap  - kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Tentang -  kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. 

Perkataan yang tepat ialah tentang.

Tatabahasa02.09.2013
Apakah perbezaan sangka/sangkaan dan jangka/jangkaan?
Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka maksud "sangka" ialah pendapat atau kesimpulan yang dibuat berdasarkan tekaan atau agakan terhadap sesuatu perkara atau perasaan syak atau curiga pada seseorang. Kata "sangkaan" pula bermaksud apa-apa yang disangka atau perasaan syak atau curiga terhadap sesorang.  Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Pada sangkanya, dia sangat bergembira, tetapi rupanya tidak.
2. Setelah melihat kemewahan hidupnya, timbul rasa sangkaku terhadapnya.
3. Sangkaan mereka ada musuh yang datang menyerang tempat itu. 
4. Teman-temannya menaruh sangkaan kepadanya. 

Manakala "jangka" pula bermaksud  tempoh masa yang telah ditetapkan panjangnya atau tempoh masa bagi sesuatu usaha, rancangan dan sebagainya. Kata "jangkaan" pula bermaksud sesuatu yang dijangka atau sesuatu yang diharapkan berlaku. Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Kuala Terengganu bertukar wajah dalam jangka lima tahun.
2. Jangkaan perbelanjaan bagi projek tersebut ialah RM25,000.00.
3. Cabaran besar bagi ahli dan parti politik adalah memantapkan integriti dalam menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Makna15.07.2023
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA?

Saudara Mohd. Iqbal,

Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu

   i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah

  ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu

 iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal

 iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis

 v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau

 vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat

 vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan

viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah

 ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

  

 

Tatabahasa10.01.2010
1. Apakah maksud " berwas-was " ? 2. Ali "memadam" papan hitam atau " memadamkan " papan hitam ? Manakah satu jawapan betul ? Terima kasih..

1. Waswas ialah ejaan yang betul dan maksudnya ialah perasaan sangsi atau curiga terhadap sesuatu.

2. Frasa yang betul ialah Ali memadam papan hitam.

Makna08.04.2010
1. Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap berasa "berwas-was" untuk membuka pintu pada waktu larut malam. Bolehkah saya menggunakan "berwas-was" dalam ayat ini ? Adakah perkataan ini betul ? 2. Apakah maksud " berpancing" ? Boleh berikan ayat contoh. Terima kasih.

1. Waswas bermaksud (perasaan) sangsi, (perasaan) curiga, dan khuatir; oleh itu, ayat yang betul ialah "Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap was-was untuk membuka pintu pada waktu larut malam."

2. Tidak ada kata terbitan berpancing, yang ada memancing, pemancing, terpancing dan sebagainya. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna setiap perkataan tersebut dan contoh penggunaannya.

Tatabahasa01.04.2010
12

Kembali ke atas