| Dadanya semakin berdebar kuat apabila terlihat seekor anjing mengekorinya dari belakang. Penggunaan kata"kuat" betul dan sesuai dalam ayat ini? | Ayat yang lebih gramatis ialah "Jantungnya semakin berdegup dengan kencang apabila terlihat seekor anjing mengekorinya". | Tatabahasa | 09.07.2013 |
| Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul? Dadanya sangat tegap. Terima kasih. | Tegap bermaksud teguh, kuat dan utuh dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
| adakah perkataan terlentang wujud? atau hanya telentang dan tertelentang? terima kasih. | Ejaan yang betul ialah telentang. Kamus Dewan mentakrifkan telentang sebagai terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telentang: Dia ~ badannya di lantai. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
| Bagaimana saya ingin menyesuaikan perkataan KEMPAS dengan TAMAN KEMPAS JAYA? Apakah ikon yang sesuai untuk TAMAN KEMPAS tersebut yang sesuai dengan makna perkataan KEMPAS itu? Apakah 'Pokok Kempas' atau sebaliknya? | Perkataan kempas bermaksud i. sejenis tumbuhan(pokok) ii. - kempis turun naik(dadanya), mengah-mengah(nafasnya), kembang kempis. Ikon yang sesuai ialah pokok atau tumbuhan. Sila jelaskan soalan yang pertama. Walau bagaimanapun penamaan kawasan tersebut boleh menjadi taman Kempas Jaya, Taman Kempas Indah, Taman Kempas Murni dsb. bergantung pada konsep dan keadaan yang hendak ditampilkan. | Makna | 12.02.2009 |
| Salam sejahtera.Harap tuan/puan dapat memberi penjelasan yang terperinci bagi soalan yang berikut: 1. Apakah perbezaan dari segi makna dan penggunaan bagi "terlentang" dan "tergelincir"? 2.Ahmad jatuh __________ kerana terpijak kulit pisang. Yang manakah jawapan yang betul? "terlentang" atau "tergelincir"? 3. ___________ ayahnya meninggal dunia, Ahmad telah menjadi pendiam. Antara "semenjak" dan "setelah", yang manakah lebih sesuai? Mengapa? Sekian, terima kasih. | Telentang bermaksud terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telentang: Dia ~ badannya di lantai. Tergelincir bermaksud terdorong kerana licin; tergeluncur: Dia jatuh ~ kerana terpijak kulit pisang; mula turun (tentang matahari); ki terlepas cakap; telah terlanjur mengatakan sesuatu. Ahmad jatuh tergelincir kerana terpijak kulit pisang. Semenjak bermaksud mulai dari, sejak: ia tidak pernah datang-datang lagi ~ lamarannya dahulu ditolak; sejak. Setelah bermaksud sesudah, sehabis, selepas: ~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalanan; ~ itu, lori itu melanggar saya. Semenjak ayahnya meninggal dunia, Ahmad telah menjadi pendiam. | Tatabahasa | 18.04.2014 |
| bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP jelaskan dengan lebih terperinci maksud terzina dan quatrain (kesusateraan)? | Saudara, "Terzina" dan "Quatrain" merupakan istilah kesusasteraan yang merujuk kepada bentuk sajak. Bentuk sajak merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima. Daripada binaan sajak ini dapat ditentukan 2 bentuk sajak, iaitu sajak terikat dan sajak bebas. Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan sajak itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Berdasarkan aspek itu bentuk sajak ditentukan mengikut pola berikut: - distikhon - terzina - quatrain - quantain - sextet - septet - oktaf Daripada pembahagian bentuk ini maka "Terzina" bermaksud sajak yang rangkapnya terdiri daripada 3 baris: contoh sajak "Dunia Sejahtera" oleh SN Usman Awang Sisa hudup ini akan kita pelihara dengan tanah bersama pohon menghijau indah di atas tulang yang kurus, daging dan darah dan "Quantrain" sajak yang terdiri daripada empat baris. contohnya sajak "Keindahan Yang Hilang" oleh Shamsudin Jaafar: Malam hiba dadanya unggu luka pungguk tersedu pilu di atas batu Bulan tiada lagi mendandan wajah bintang malam pudar sinarnya sekian, terima kasih. | Sastera | 22.03.2011 |