Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kisar
Kata Terbitan : berkisar, berkisarkan, mengisar, terkisar, kisaran, perkisaran, pengisaran, pengisar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Melalui semakan kami, kedua-dua istilah bagi “minced meat” dan “ground meat” membawa maksud daging kisar. Tetapi dalam ayat yang sedang kami semak menggunakan padanan "daging giling" bagi "ground meat". Padanan ini merupakan merupakan istilah Indonesia. "Minced meat or ground meat" "Daging kisar atau daging giling" Bolehkah istilah ini digunakan atau terdapat padanan lain dalam bahasa Melayu bagi "ground meat" selain "daging giling".Padanan bahasa Melayu bagi “minced meat” dan “ground meat” ialah daging kisar atau daging cincang bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.Pembinaan Bakat05.06.2021
saya ingin bertanyakan translation bagi "PLANT BASED MINCED MEAT". Seperti dibawah, pilihan manakah yang lebih sesuai untuk digunakan. terima kasih. 1) DAGING KISAR BERASASKAN TUMBUHAN atau 2) DAGING CINCANG BERASASKAN TUMBUHAN.Cadangan terjemahan bagi "PLANT BASED MINCED MEAT" ialah DAGING KISAR BERASASKAN TUMBUHANMakna10.05.2021
saya ingin bertanya terjemahan untuk PLANT-BASED MINCED MEAT WITH BEAN PASTE. terima kasih sudi membantu.Padanan dalam bahasa Melayu ialah Daging kisar berasaskan tumbuhan dengan pes kacang.Penyemakan dan penterjemahan25.05.2021
Adakah hot dog boleh digunakan dalam bahasa Melayu? Jika tak, bagaimana untuk menterjemah ayat yang mengandungi kedua-dua perkataan hot dog dan sausage? Contohnya; Daniel took out the sausage out of the hot dog because he didn't want the bread. (Daniel mengeluarkan sosej daripada ___ itu kerana dia tak mahukan rotinya). Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud hot dog ialah daging frankfurter yang dimasak biasanya dihidang dalam bentuk rol panjang. Manakala sosej pula bermakna sejenis makanan daripada daging kisar yang diisi dalam usus atau sarung tiruan. Kedua-dua istilah ini memberikan maksud yang sama dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu, istilah sosej lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi. Maksud ayat yang diberikan ialah Daniel mengeluarkan sosej daripada roti itu kerana dia tak mahukan rotinya.
Sekian terima kasih.
Makna29.05.2017
saya ingin bertanya translation ENG ke BM untuk ayat berikut: 1. plant-based luncheon 2. spicy palnt-based luncheon 3. plant-based minced meat with bean paste terima kasih atas kesudian pihak Tuan untuk membantu.

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1. plant-based luncheon: hidangan berasaskan tumbuhan 

2. spicy plant-based luncheon: hidangan berasaskan tumbuhan berempah

3. plant-based minced meat with bean paste: daging kisar berasaskan tumbuhan dengan pes kacang/ daging kisar organik dengan taucu 



Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Makna25.05.2021

Kembali ke atas