salam.....saya ingin bertanya kata kerja yang sesuai untuk perbuatan meletakkan kedua-dua tangan di bawah dagu | Perkataan yang sesuai ialah menongkat atau menopang (menongkat dagu atau menopang dagu) | Istilah | 25.04.2013 |
Saya tertarik dengan Tweet DBP tentang konsep kecantikan wanita dalam budaya Melayu, tetapi saya tidak tahu cara penggunaannya. Dahi (Sehari bulan), kening (awan ditulis), hidung (kuntum melur belum kembang), mata (bintang timur), telinga (telepuk kayu), dagu (lebah bergantung) dan jari (tombak serai). Bolehkah diberikan contoh ringkas penggunaannya dalam ayat dan mengapakah tidak saya jumpa istilah - istilah ini dalam Kamus Dewan? | Semua perkataan tersebut tergolong dalam perumpamaan. Perumpamaan bermaksud sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran). Sebagai contoh, dahi sehari bulan bermaksud dahi yang elok bentuknya. (Contoh ayat: Kecantikan Aminah disebut-sebut anak teruna kampung bagai dahi sehari bulan.) | Sastera | 22.06.2018 |
Salam sejahtera tua/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Weeder 2. Calf & Cow Covers 3. Calf Debudding Equipment & Supplies 4. Electric Dehorner 5. Chin Ball Mating Harness Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Weeder -Pencabut Rumpai/Pembuang Rumpai 2. Calf & Cow Covers - Penutup Badan Anak Lembu dan Lembu 3. Calf Debudding Equipment & Supplies - Peralatan Pembuangan Sel Penghasilan Tanduk 4. Electric Dehorner - Pembuang Tanduk Elektrik 5. Chin Ball Mating Harness - Abah-Abah Pengawanan di Dagu Lembu | Istilah | 02.03.2016 |
Assalamualaikum Adakah pantun yang diakhiri dengan bunyi atau sukukata yang sama salah dalam konsep sebuah pantun. Seolah-olahnya seperti syair. Bagaimanakah untuk menentukan sebuah pantun itu dalam kategori baik. | Memang dimaklumi pola pantun yang biasa kita temukan ialah ab, ab. Walau bagaimanapun, ada juga terdapat pantun yang skema rima akhirnya menyamai rima syair iaitu aa,aa. Untuk menentukan karya itu sebagai sebuah pantun boleh dilihat dari cirinya, iaitu ada baris pembayang dan ada baris maksudnya. Contoh pantun yang skema rimanya aa, aa: Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, mengenang nasib dagang piatu. | Sastera | 19.04.2012 |
As Salam ! Saya keliru dengan pola pantun yang sebenarnya. Kedapatan kini pantun ditulis dengan pola yang agak berbeza daripada pola pantun tradisional iaitu a,b,a,b. Ada pantun yang ditulis rima akhir barisnya a,a,a,a.Yang mana satukah yang betul? Terima kasih. | Tuan, Memang dimaklumi pola pantun yang biasa kita temukan ialah ab, ab. Walau bagaimanapun, ada juga terdapat pantun yang skema rima akhirnya menyamai rima syair iaitu aa,aa. Untuk menentukan karya itu sebagai sebuah pantun boleh dilihat dari cirinya, iaitu ada baris pembayang dan ada baris maksudnya. Saya kemukakan satu contoh pantun yang skema rimanya aa, aa: Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, mengenang nasib dagang piatu. | Sastera | 03.04.2012 |