Yang mana satu betul; Bahan yang telah digentel tadi ditempel pada dahi. ATAU Bahan yang telah digentel tadi ditempel di dahi. Mohon nasihat. | Bahan yang telah digentel tadi ditempel pada dahi. | Tatabahasa | 10.10.2018 |
Jason berkerut dahi melihat belian isterinya. Betulkah susunan bahasa dalam ayat di atas? | Ayat yang gramatis Jason berkerut dahi apabila melihat belian isterinya. | Tatabahasa | 14.06.2012 |
Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada......pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar a)tepi b)bucu c)pangkal d)pangkal | Jawapannya agak mengelirukan, walau bagaimanapun jawapan yang lebih sesuai ialah Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada pangkal pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
Saya tertarik dengan Tweet DBP tentang konsep kecantikan wanita dalam budaya Melayu, tetapi saya tidak tahu cara penggunaannya. Dahi (Sehari bulan), kening (awan ditulis), hidung (kuntum melur belum kembang), mata (bintang timur), telinga (telepuk kayu), dagu (lebah bergantung) dan jari (tombak serai). Bolehkah diberikan contoh ringkas penggunaannya dalam ayat dan mengapakah tidak saya jumpa istilah - istilah ini dalam Kamus Dewan? | Semua perkataan tersebut tergolong dalam perumpamaan. Perumpamaan bermaksud sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran). Sebagai contoh, dahi sehari bulan bermaksud dahi yang elok bentuknya. (Contoh ayat: Kecantikan Aminah disebut-sebut anak teruna kampung bagai dahi sehari bulan.) | Sastera | 22.06.2018 |
Adakah konteks penggunaan 'mengernyitkan' dalam ayat berikut betul? "Bentakan itu mengernyitkan otot-otot kesedarannya." | Perkataan kernyit membawa maksud berkerut dahi atau alis (sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat hlm. 764). Dalam konteks ayat contoh yang puan berikan itu, iaitu perkataan mengernyitkan, seharusnya ia bermaksud mengerutkan dahi atau alis tetapi apabila ia dikatakan "Bentakan itu mengernyitkan otot-otot kesedarannya", penggunaan perkataan itu sudah tidak menepati makna asalnya. Dalam ayat tersebut, perkataan mengejutkan mungkin lebih sesuai digunakan. | Lain-lain | 03.08.2012 |
maksu watak dan perwatakan | Secara umum, watak ialah sifat-sifat luaran yang digambarkan oleh pengarang seperti rambutnya yang ikal, dahi luas dan sebagainya. Perwatakan pula ialah sifat-sifat dalaman watak yang boleh dikesan atau digambarkan sama ada melalui percakapan dan tingkah laku watak atau watak lain seperti baik hati, pemarah dan sebagainya. | Lain-lain | 14.09.2008 |
Salam sejahtera, Terima kasih atas jawapan tuan sebelum ini. Namun saya masih kurang pasti jika perkataan vermilion boleh digunakan untuk menunjukkan tanda merah di dahi orang Hindu. Contoh: Pemakaian vermilion melambangkan seseorang wanita itu sudah berkahwin. Adakah betul penggunaan seperti ini? Di sini saya lampirkan semula fail untuk pertanyaan saya yang seterusnya. Terima kasih atas perhatian pihak tuan. | Puan dicadangkan untuk menggunakan perkataan tanda merah merona bagi merujuk maksud vermilion. | Makna | 23.08.2014 |
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlari | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan. | Tatabahasa | 25.02.2013 |
perbezaan antara sultan dan raja | Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'. Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; | Makna | 02.07.2009 |