Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dah.lia] | دهليا

Definisi : tumbuhan (berasal dr Amerika Tengah) yg akarnya berumbi dan bunganya berwarna-warni, Dahlia pinnata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dah.lia] | دهليا

Definisi : nama sj herba yg mempunyai akar tuber, atau bunganya (bunganya bermacam-macam warna), Dahlia pinnata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dahlia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dahlia bukan didenda kerana cukai jalan keretanya tamat tempoh tetapi dia didenda kerana tidak memakai tali pinggang keledar. Bukan didenda atau tidak didenda ?Penggunaan kata nafi "bukan" dalam ayat tersebut adalah betul.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewsn Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 262.
Tatabahasa29.10.2024
1. Keadaan Dahlia kusut-masai sekali ketika dijumpai sesat di hutan 2. Kebun durian kepunyaan datuk terluas sekali di daerah ini Adakah 2 ayat di atas ini betul atau salah? sekiranya salah boleh beri saya penjelasanAyat yang betul seperti yang berikut:
  1. Keadaan Dahlia kusut-masai ketika dijumpai sesat di dalam hutan.
  2. Kebun durian kepunyaan Datuk paling luas di daerah ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 244-246.

Tatabahasa06.07.2024
Assalam, 1/ Istilah yang lebih tepat untuk minum pagi sarap atau sarapan? 2. Apakah pilihan ayat songsang bagi ayat di bawah: Dahlia memberikan Amna seutas jam tangan yang cantik. Terima kasih1. Istilah yang lebih tepat untuk minum pagi ialah sarapan.

Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh:
Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) 

Maka ayat yang betul ialah Memberikan Amna seutas jam tangan yang cantik Dahlia.
Istilah19.06.2016

Kembali ke atas